SAAT BAHAGIA...perceraian Jailani dan Raja Azmi dijangka difailkan hari ini.
Penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman dan Mohamad Jalani Sidek sah
bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, jam 3.30
petang tadi.
KUALA LUMPUR: “Selepas difikirkan masak-masak, hanya perceraian jalan
terakhir untuk membersihkan nama suami saya daripada terus dicemuh,”
kata produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, mengenai perceraiannya
dengan suami, Jalani Sidek, 48, yang akan difailkan di Mahkamah Rendah
Syariah Gombak Timur, dekat sini, hari ini.
Raja Azmi berkata, perceraiannya dengan bekas pakar beregu
badminton negara itu dilakukan secara baik atas persetujuan bersama,
malah mereka akan diwakili peguam sama, Roslizam Rahim.
“Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh
dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda
rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti
dulu.
“Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro, petang semalam.
“Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro, petang semalam.
Raja Azmi berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Jalani kerap menjadi mangsa fitnah pihak tertentu dan kesannya benar-benar menjejaskan reputasi bukan saja mereka berdua, malah keluarga.
0 comments:
Post a Comment