Tambah beliau, tarian 'K-Pop' yang ditaja oleh pihak bukan Islam itu adalah di luar kawalan penganjur serta tidak wajar dimanipulasi oleh mana-mana pihak.
"Saya sendiri tampil menghentikan tarian itu. Saya kemudiannya memohon maaf kepada semua yang hadir atas insiden yang di luar pengetahuan penganjur.
Difahamkan, tarian tradisional Melayu, Cina dan India dipersembahkan pada malam berkenaan.
Tetapi, tarian ala K-Pop yang dipersembahkan kemudian telah mengejutkan hadirin yang hadir, termasuk Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan Abdul Halim Hamid (pemimpin PAS Kawasan Bertam).
Justeru, Johari berkata satu sidang akhbar lanjut akan diadakan di Pejabat PKR Cabang Bertam pada jam 5 petang esok.
"Penaja sendiri akan memberi penjelasan esok, diharapkan pihak penaja juga akan memohon maaf atas apa yang berlaku," ujar beliau.
Saya paling menyampah kalau kita terlalu mudah di perbodohkan. Kekhilafan begini adalah kerana kesilapan kita yang sentiasa tidak berhati-hati.
ReplyDeleteLihatlah, betapa mudahnya orang yang berakal di tipu. Dah tahu mereka yang disebelah sana selalu main kotor dan mencari modal, mengapa kita tidak selalu beringat?
Yer...lahh saya anggap ini semua di luar kuasa kita.. ya... maaf saya sangat meluap dgn kemarahan tatkala menulis.. Maaf..