[Gambar] Terkini!! Hujan Lebat Melanda Pulau Pinang Sebabkan Banjir Dan Tanah Runtuh.. Jom Terjah!!

PENUNGGANG motosikal dan deretan kereta  meredah banjir kilat yang melanda Jalan Perak di Georgetown, hari ini. - Foto Ramdzan Masiam
PENUNGGANG motosikal dan deretan kereta meredah banjir kilat 
yang melanda Jalan Perak di Georgetown, hari ini. - Foto Ramdzan Masiam

GEORGETOWN: Hujan lebat berterusan lebih enam jam sejak jam 4.30 pagi tadi di sini mengakibatkan berlaku kejadian tanah runtuh di Mount Erskine dan Tanjung Bungah.

Pegawai Kanan II Balai Bomba Bagan Jermal, L. Sivalingam, berkata pada kejadian jam 10 pagi itu, mengakibatkan tembok penahan tanah di Jalan Bagan Jermal, Mount Erskine runtuh dan menimpa bahagian belakang rumah milik salah seorang penduduk di situ. 
 
"Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan terbabit dinasihatkan supaya berpindah untuk sementara waktu sehingga keadaan benar-benar selamat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dan kecederaan serius dilaporkan. 
 
Sementara itu, tiga buah kereta ditimpa tembok dinding rumah yang runtuh di Taman Puncak Mutiara, Tanjung Bungah.

Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Lim berkata, ketika kejadian beliau sedang memasak di dapur sebelum tiba-tiba dikejutkan bunyi dentuman kuat di rumah jirannya.

"Mujurlah tiada sesiapa dalam kereta itu kerana semasa kejadian kebanyakan jiran tetangga keluar bekerja. Kejadian ini pertama kali berlaku di sini," katanya. 

 
Berikutan kejadian itu kereta penduduk yang terlibat mengalami kerosakan teruk akibat dihempap konkrit dan tanah.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa jalan utama di kawasan Jalan P.Ramlee, Kampung Makam, Jalan Perak, Jalan Sungai Pinang, Jalan Logan, Jalan Anson dan Jalan Patani dilanda banjir kilat sehingga tengah hari tadi.

Pegawai Bencana dan Operasi Jabatan Pertahanan Awam Daerah Timur Laut, Noor Mohd Saidi Noor Lajis berkata paras air sehingga satu meter bermula jam 6.30 pagi tadi.

"Lebih 300 keluarga terjejas banjir namun tiada arahan berpindah dikeluarkan kerana keadaan masih terkawal dan banjir juga telah surut," katanya.

Bencana itu juga mengakibatkan kesesakan lalu lintas luar biasa di sekitar pusat bandar raya ini sehingga jam 3 petang tadi. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.