Benarkah Pelakon Cantik Diana Danielle Telah Dirisik? Sebentuk Cincin Emas Putih Bertatah Berlian Dijari Manisnya... Jom Terjah!!


..
Minggu lalu, heboh apabila pelakon cantik Diana Danielle kononnya telah di risik. Spekulasi bertambah kuat ekoran banyak mata yang perasan, sebentuk cincin emas putih bertatah sebutir berlian tersarung di jari manisnya, sewaktu gadis berusia 21 ni ditemui di malam gala filem Jiwa Taiko, baru-baru ini.
Pun begitu, telah dijelaskan Diana, bahwa cincin tersebut merupakan pemberian daripada si hero pujaan hatinya, Farid Kamil, sempena ulang tahun ketiga percintaan mereka yang jatuh pada 1 Januari lalu.

Tetapi yang lebih menarik, rupa-rupanya ada cerita di sebaliknya. Sebelum cincin itu hadiahkan pada buah hatinya, Farid memberitahu dia lebih dulu telah membuat Diana menangis.
Diana DanielleDiana Danielle

"Sebelum saya hadiahkan cincin tu pada dia, saya dah buat dia menangis semahu-mahunya", cerita Farid Kamil kepada MD tatkala di minta mengulas mengenai pemberia itu, sambil tergelak kecil.

Farid ditemui sewaktu di sidang media "Kembara Menjejak Al-Hamra' Di Bumi Andalusia - Sepanyol Maghribi" Farid Kamil Bersama Peminat, di Restoran Rebung Bangsar, baru-baru ini.

"Sebenarnya masa malam nak rai tu, saya create satu benda. Saya buat sampai dia menangis, sampai dia tertekan. Saya janji nak datang ambil pukul lapan, tapi bila dia call, saya bagi banyak alasan dan saya cakap saya dah hampir sampai. Dia gelabah sebab dia yang booking restoran tu, dan hingga pukul sembilan baru saya sampai. Walhal awal-awal lagi saya dah memang ada kat kawasan rumah dia",

"Saya sengaja buat dia menangis, buat dia sampai rasa tertekan. Dia punya lah menangis giler sampai ke restoran dia tak peduli orang sekeliling, dia masih menangis. Saya releks jer, bagi dia lagi bengang. Sengaja saya buat dia macam tu. Saya tunggu dia menangis tahap maksimum, sejurus pastu saya keluarkan cincin, letak depan dia. Kira tu surprise saya lah", ujarnya sambil tersenyum.

Tatkala ditanya mengapa memilih memberikan cincin kerana ia mungkin lebih mudah menimbulkan tanggapan ramai, mereka kononnya sudah bertunang.

Kata pelakon yang pernah mendapat jolokan hero Melayu ni, sebetulnya dia pernah memberikan hadiah lebih besar daripada itu.

"Saya pernah bagi sebesar-besar hadiah. Sampai tak boleh bawa masuk rumah iaitu seekor kuda sewaktu hari jadi dia dua tahun lepas. Dan kali ni, sekecil-kecil hadiah, cincin", katanya lagi dengan nada berseloroh.

Ternyata kini Farid dilihat semakin terbuka untuk bercerita mengenai perhubungan dia dan aktres Jiwa Taikoitu.

Bertanyakan hal tersebut, jejaka tinggi lampai berkata, diakui sejak akhir-akhir ini dek kerna diasak dengan pertanyaan oleh pihak media, dia dengan senang menjawab segala pertanyaan tetapi masih ada batasnya. Farid turut menegaskan, belum masanya lagi bercerita soal bertunang apatahlagi berkahwin.

Lagipun banyak tanggungjawab pada kerjaya seni yang harus disempurnakan buat masa sekarang. Bahkan kata Farid dua tahu kebelakangan ini dia banyak memberi ruang pada diri sendiri.

"Sembilan tahun saya dalam industri. Sebelum ni saya sangat sibuk dengan shooting, dengan belajar. Dunia saya hanya kat set dan di UiTM saja. Sekarang study pun dah habis. Dan dalam dua tahun ni, saya banyak bagi ruang pada diri sendiri. Study pun dah habis. Kalau tak sibuk shooting, saya ada juga lah masa untuk manjakan diri. Misalnya, main polo dan pergi salun. Tengok, jerawat pun dah takder", katanya yang sempat lagi bergurau sebelum mengakhiri perbualan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.