SUBANG JAYA: Tindakan Fauziah Sarman atau Kak Zie iaitu ibu
kepada penyanyi Shila Amzah yang sering menemani anaknya untuk bertemu
dengan pelakon Sharnaaz Ahmad sedikit pun tidak menggagu hubungan
pasangan tersebut.
Sharnaaz berkata, dia berasa selesa apabila setiap kali bertemu
dengan Shila, ibu wanita berkenaan sering bersama yang secara tidak
langsung dapat meningkatkan kepercayaan keluarga terhadap hubungan
tersebut.
Aksi yang membuatkan peminat meluat? |
"Saya tidak pernah rasa terganggu ditemani oleh ibu Shila setiap kali
kami ingin keluar malah menganggap kehadiran ibunya cukup menyenangkan.
"Tambahan pula elok juga ada orang yang lebih berusia menemani kami
dan sedikit sebanyak ibunya boleh bagi nasihat jika ada benda-benda yang
tak manis berlaku semasa kami keluar bersama.
"Macam pernah sekali, saya tanpa sedar telah memegang tangan Shila
dan ibunya menegur perbuatan itu dan ia adalah sesuatu yang baik,"
ujarnya kepada mStar Online.
Tambah Sharnaaz, dia tidak faham mengapa ada segelintir pihak yang
sentiasa memandang serong apabila Shila membawa ibunya ketika bertemu
saya.
Dalam pada itu, Sharnaaz memberitahu setakat ini dia belum pernah
meminta izin daripada ibu Shila untuk keluar berdua-duaan dengan
kekasihnya itu dan juga tidak pernah terfikir mengenainya.
Ia disebabkan dia cukup selesa dengan situasi tersebut serta berasa
selesa dengan kehadiran orang yang lebih dewasa dalam hubungan mereka.
Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia memang memasang impian untuk
memperisterikan Shila dan membina keluarga dengannya suatu hari nanti.
Bagaimanapun perkara itu mungkin akan terjadi dalam masa dua hingga tiga tahun selepas kedudukan kewangannya benar-benar stabil.
"Kahwin bukan perkara mudah dan sebagai lelaki yang akan
bertanggungjawab terhadap seorang wanita, saya perlu memastikan semua
perkara tersedia untuk kesenangan bersama nanti.
"Tetapi Shila adalah pilihan saya untuk hidup bersama dan membina keluarga dengannya nanti," ujarnya.
Kalau ditemani ibu dah dikira melepasi kehendak syariah ke? Ibu pula bagi peluang anak daranya bersentuhan. Ikut syariah juga ke?
ReplyDeleteYang boleh menemani anak dara hanyalah orang lelaki iaitu bapanya, bapa saudaranya ( abg atau adik lelaki ayahnya ), datuknya, abangnya atau adik lelakinya yang berakal dan cukup syarat ..... paham ke apa syarat tu ?.....
Gah nak bagitau ditemani ibu .... ha ha ha .... musang betuiiiii
Kalau ditemani ibu dah dikira melepasi kehendak syariah ke? Ibu pula bagi peluang anak daranya bersentuhan. Ikut syariah juga ke?
ReplyDeleteYang boleh menemani anak dara hanyalah orang lelaki iaitu bapanya, bapa saudaranya ( abg atau adik lelaki ayahnya ), datuknya, abangnya atau adik lelakinya yang berakal dan cukup syarat ..... paham ke apa syarat tu ?.....
Gah nak bagitau ditemani ibu .... ha ha ha .... musang betuiiiii
laaaa dah mak dia ada..biarlah mak dia yang tanggung dosa..yang ko nak marah tak tentu pasal naper??ko bagi makan anak dia ker? ko tanggung dosa dia ker??
DeletePagarbuluh, Zaidi cuma menyampaikan apa yang sebenarnya mengikut hukum Islam. Tak perlu kasi statement 'ko tanggung dosa dia ker??
Deletewpun mak bg kebenaran tp sbg umay islam yg tak bbetul kena tegah. tak. semestinya mak ada sudah ikut syariat islam sb mak pun ada ikut betul ke ajaran islam...jom belajar agama lg agar jd insan bertakwa. nyanyi oun haram weiiii......
ReplyDeletewpun mak bg kebenaran tp sbg umay islam yg tak bbetul kena tegah. tak. semestinya mak ada sudah ikut syariat islam sb mak pun ada ikut betul ke ajaran islam...jom belajar agama lg agar jd insan bertakwa. nyanyi oun haram weiiii......
ReplyDelete