Apa Dah Jadi Dengan WWW1? Sultan Johor Murka... Jom Terjah..

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau akan menjelaskan berhubung isu nombor plat WWW1 yang menimbulkan kemurkaan Sultan Johor kepada baginda sendiri.

Justeru, bekas menteri besar Perak enggan mengulas perkara itu di media buat masa ini.
NONE"Saya tunggu respons daripada istana. Kita tengah tunggu respons untuk mengadap," katanya ketika dihubungiMalaysiakini.

Ditanya berhubung penjelasan yang akan diberikannya, ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang itu mengulangi jawapannya:

"Kena tunggu respons (melalui) surat. Kita tunggu saja."

Semalam, ketika merasmikan sidang DUN Johor, Sultan Ibrahim melahirkan rasa murka kepada Mohammad Nizar yang mengkritik tindakannya membida nombor WWW1 bernilai RM520,000.

Sultan bertitah, tindakan tokoh PAS itu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negerinya dan berharap timbalan pesuruhjaya PAS Perak itu memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor.
NONEMohammad Nizar sebelum ini menghantar surat permohonan rasmi untuk menghadap bagi membolehkannya menerangkan kedudukan sebenar isu itu, yang berpunca daripada tweetnya yang menyebut bahawa wang bidaan itu boleh digunakan membantu Melayu miskin.

Sementara itu, Sinar Harianmelaporkan Mohammad Nizar sebagai berkata, sekiranya peluang diberikan untuk membuat penjelasan mengenai kenyataannya dalam Twitter, isu permohonan maaf kepada rakyat Johor tidak mungkin timbul.

"Jika ada pihak yang mempertikaikan tindakan ini, tidak mengapalah, yang penting saya sangat berbesar hati sekiranya diberikan ruang untuk menerangkan kedudukan sebenar dan ini juga satu proses keadilan untuk semua pihak," beliau dipetik sebagai berkata.

Mohammad Nizar menghantar surat permohonan rasmi menghadap Sultan Johor (atas) pagi ini, lapor harian itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.