Video & Gambar2 Panas Terkini: [Malapetaka] 22 Cedera, 3 Parah Kereta Drag Terbabas: Himpunan Jutaan Belia




Himpunan Jutaan Belia: 17 cedera kemalangan acara drag

Himpunan Jutaan Belia: 17 cedera kemalangan acara drag


PUTRAJAYA - Seramai 22 penonton perlumbaan drag tercedera apabila sebuah kereta yang terlibat dalam perlumbaan itu terbabas ke tebing pembahagi jalan di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19 di sini, semalam.
Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah malam pada sesi uji pandu (sesi ujian sebelum perlumbaan bermula) dan ketika itu Sinar Harian difahamkan lebih kurang 10,000 penonton hadir untuk menonton perlumbaan itu.
Seramai 19 mangsa yang dirawat sebagai pesakit luar dibenarkan pulang, manakala tiga lagi yang parah dirawat di Hospital Putrajaya.
Penganjur perlumbaan, Mohd Nizam Sazili berkata, ketika kejadian, kereta tersebut hilang kawalan apabila tiba-tiba tayar belakang kereta itu mengalami masalah sehingga terbabas menaiki tebing pembahagi jalan di situ.
Mohd Nizam berkata, pihaknya mengarahkan penonton untuk berada di lokasi dalam jarak yang selamat sebelum perlumbaan itu bermula.
“Kita cakap kepada mereka, kalau tidak mahu pergi duduk jauh pada jarak yang selamat, kita tidak akan mulakan perlumbaan ini,” katanya kepada Sinar Harian di lokasi kejadian, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Majid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Menurutnya, pemandu kereta terbabit telah diikat jamin manakala keretanya masih di tahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya untuk siasatan lanjut.
Perlumbaan drag itu salah satu aktiviti sempena Hari Belia Negara dan Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Persatuan Permotoran MUSC Motorsport.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.