Ulasan Panjang Lebar Debat Antara YB Khairy Dan Rafizi.. Jom Terjah!!!



Debat Politik Rafizi - Khairy
Membuka Stail Baru Dalam Politik Negara

Semua orang yang menyaksikan debat di antara Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin malam tadi berkisar di bawah tajuk PTPTN-  wajar atau tidak ia dihapuskan; rasanya sudah dapat membuat kesimpulan dan pendirian masing-masing mengenai isu berkenaan. Telah ada yang memberi markah sekian banyak sekian banyak kepada kedua-dua pendebat berkenaan. Jauh diharapkan dari itu perdebatan itu dapat memberi pencerahan minda terhadap isu yang didebatkan itu. Semoga kekelabuan mengenai isu yang berputar di dalam kepala umum sebelum ini kerana ditaboo oleh ahli politik sedikit sebanyak terusai. 
Mohd Rafizi Ramli
Kalaulah majlis itu tidak memberi kesan positif seprerti didambakan itu ia tidak memberi apa-apa manfaat kepada orang ramai melainkan pihak penganjur juga mendapat keuntungan. Astro dan Sinar yang menjadi penganjur mendapat publisiti meluas dengan debat itu.
Khairy dan Rafiz bersalaman.
Moral dalam debat itu secara ringkasnya Rafizi mempertahankan dasar yang akan dikemukakan oleh Pakatan Rakyat untuk menghapuskan PTPTN yang dianggap menjadi bala' kepada negara dan akan menawarkan pendidikan percuma kepada rakyat negara ini sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-13.

1 comments:

  1. kenapa aku tak sokong idea rafizi?bodoh lah aku macam geng2 united lembu orang nak bagi free belajar dari kecil sampai universiti sapa tak nak......memang betul lah lembu!!!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.