Panas!!! Anak Timbalan Perdana Menteri Persembahkan 14 Lagu Di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Makin Berubah Gaya Penampilannya, Jom Terjah...


ANTARA kisah yang turut menjadi santapan penonton pada malam persembahan Najwa Mahiaddin di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur baru-baru ini adalah bagaimana dia jatuh cinta dengan muzik jazz.

Kata Najwa, minatnya yang mendalam terhadap genre itu terbit apabila sering kali mencuri dengar lagu-lagu daripada koleksi cakera muzik ayahnya.

"Sewaktu saya kecil ayah sering memasang lagu-lagu berentak jazz. Saya suka mendengarnya dan mula mengenali muzik tersebut," katanya.


Masih bergelar penuntut di Berklee College of Music, Boston, Amerika Syarikat, ternyata kehadiran penyanyi berbakat di pentas berprestij itu sememangnya dinantikan peminat.

Buktinya apabila kesemua 14 lagu yang dipersembah Najwa mendapat tepukan gemuruh daripada setiap penonton yang hadir pada malam itu.

Membuai perasaan penonton dengan persembahan lebih sejam, ia turut dihiasi dengan lagu hitsnya, Got To Go yang ditunggu-tunggu peminat.

Malah dalam mencari kelainan, Najwa juga buat julung kalinya mempersembahkan lagu Melayu ciptaannya yang bertajuk, Impian Terindah.

Najwa memberitahu, dia amat teruja dan gembira dengan respons yang diberikan penonton yang hadir pada malam itu ketika ditemui selepas persembahan malah sempat menitipkan terima kasih kepada peminat yang sudi memberi sokongan kepada dirinya.

"Ada di antara mereka sudah membeli tiket persembahan ini sejak setahun yang lepas.

"Berjaya memberikan persembahan yang baik untuk kesemua penonton sangat melegakan," katanya ketika berkongsi perasaannya.

Bercerita lebih lanjut mengenai perancangannya dalam bidang seni, menurut Najwa yang bakal menamatkan pengajian pada hujung tahun ini, dia sebenarnya sudah tidak sabar lagi untuk pulang ke Malaysia bagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi di negara ini.

"Agak sukar sebenarnya untuk memulakan apa-apa di sini kerana saya berada jauh di luar negara.
"Memang ada niat untuk pulang ke Malaysia dan meneruskan perjuangan saya di sini namun semua itu masih lagi di dalam perancangan," katanya.

Ditanya peluangnya untuk bersinar di Amerika Syarikat sama seperti penyanyi Yuna, menurut Najwa, memegang visa pelajar sedikit merumitkan harapannya untuk membuat persembahan di sana.
Bagaimanapun dia sememangnya menyimpan niat untuk berkongsi bakatnya di pentas yang lebih besar suatu hari nanti.

"Menjadi pelajar di sebuah tempat yang menempatkan hampir semua mereka yang berbakat sedikit menipiskan peluang yang ada.

"Buat masa ini saya hanya mahu menghabiskan pengajian sebab itu saya memilih untuk tidak bercuti panjang. Tentang soal tawaran untuk mengembangkan muzik saya di sana pula masih belum ada lagi," katanya yang sering mendapat jolokan sebagai Adele Malaysia.

Tidak menolak untuk menyiapkan album berbahasa Melayu suatu hari nanti, bagaimanapun kata Najwa, ia memerlukan perancangan yang rapi memandangkan masih banyak perkara yang perlu diperbaiki.

"Saya tidak mahu muncul tanpa bersedia sepenuhnya. Suatu hari nanti, mungkin... tapi buat masa ini saya hanya mahu melakukan sesuatu yang saya selesa," katanya.

Memilih untuk berduet dengan penyanyi Altimet pada persembahan di DFP menerusi lagu Crazy, menurut Najwa, dia sebenarnya turut memasang impian untuk berduet dengan ramai lagi tempatan seperti Anuar Zain dan Datuk Sheila Majid.

"Saya hanya berhubung dengan Altimet menerusi Twitter memandangkan saya terpaksa melakukan persiapan awal dari sana untuk persembahan ini.

"Ternyata kerjasama dengan Altimet adalah sesuatu yang sangat hebat," jelasnya.

Tampil dengan bentuk badan yang sedikit kurus, Najwa memberitahu, penurunan berat badannya itu bukanlah semata-mata persediaan untuk persembahan tersebut sebaliknya dia memilih untuk menjaga tubuhnya dengan mengamalkan pemakanan secara sihat.

"Saya tidak mengamalkan diet cuma makan secara lebih sihat sahaja. Bagaimanapun saya tidaklah mahu terlalu kurus kerana saya sangat selesa dengan keadaan tubuh saya," katanya.

Mempunyai keluarga yang sentiasa menjadi tiang dalam kariernya namun Najwa mengakui bahawa kedua ibu bapanya tidak banyak campur tangan dalam kerjaya seninya.

Bagaimanapun kata Najwa, dia sering diingatkan oleh ibu bapanya agar pandai membawa diri.
"Ibu saya khususnya jarang menyentuh soal karier saya sebagai penyanyi.

"Mereka lebih mementingkan bagaimana cara saya membawa diri sebagai seorang penyanyi, termasuklah cara berpakaian dan bercakap," katanya.
























Koleksi Gambar Najwa Mahiaddin.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.