KUALA LUMPUR, 6 Mei — Penculik kanak-kanak berusia 12 tahun Nayati Shamelin Moodliar menggunakan laman sosial Facebook untuk merunding jumlah wang tebusan dengan keluarganya.
Pihak polis akan memburu penjenayah terbabit dengan kerjasama Jabatan Sisatan Jenayah Siber Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Mereka berharap akan dapat menjejaki penculik tersebut melalui alamat “Internet Protocol” (IP) yang digunakan sewaktu rundingan melalui Facebook berkenaan.
The Star turut melaporkan jumlah sebenar wang tebusan bernilai RM1 juta, sebelum penculik dan keluarganya bersetuju dengan nilai RM300,000.
Selepas wang tebusan itu diserahkan pada petang Rabu, penculik itu kemudiannya melepaskan kanak-kanak terbabit dengan meninggalkannya di hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh keesokan paginya.
Kanak-kanak tersebut dijemput oleh keluarganya selepas dihubungi Nayati (gambar)menggunakan telefon bimbit yang ditinggalkan penculik.
Kes ini mendapat perhatiam umum, dengan poster tertera gambar kanak-kanak itu ditampal di dalam pelbagai bahasa di sekitar Lembah Klang.
Turut dilaporkan sebelum ini Nayati yang lengkap berpakaian uniform sekolah telah diculik dua lelaki menggunakan kereta bewarna hitam pada jam 7.35 pagi tidak jauh dari sekolahnya, Mont Kiara International School.
Lelaki berkenaan dikatakan memeluk kanak-kanak lelaki tersebut ketika dia sedang berjalan ke sekolah, menariknya ke dalam kereta dan melarikan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah akan mengetuai pasukan khas bagi menangkap penculik tersebut.
0 comments:
Post a Comment