Inilah Video2 Jaringan Gol Perlawanan Antara Lions XII Vs Kedah - Kenari Hanya Pulang Satu Mata.. Tahniah!!!

Keputusan Lions XII Vs Kedah 12 Mei 2012 - Tuan rumah Singapura seri 3-3 dengan Kedah di Stadium Jalan Besar. Gol Lions XII dijaringkan oleh Shahril Ishak manakala gol penyamaan Kedah dijaringkan oleh Khryl Muhaimin.

Gol-gol lain Lions XII dijaringkan Sufian Anuar dan Baihaikki Khaizan manakala gol Kedah oleh Amar Rohidan dan Vedran Gerc.



Video Gol Lions XII Vs Kedah 12 Mei 2012 Jaringan Shahril Ishak 



Video Gol Lions XII Vs Kedah 12 Mei 2012 Jaringan penyamaan Khryl Muhaimin. 



Jaringan kedua Singapura.



3-2



3-3


Krdit Video kepada channel youtube tauke 21 

Sumber: oldtraffords





KEDAH membawa pulang satu mata berharga apabila mengikat Lions XII 3-3 di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.

Dalam perlawanan yang bermula jam 7.45 malam tadi menyaksikan tuan rumah meledak gol pertama menerusi Kaptennya Shahril Ishak pada minit kesembilan.

Sejurus selepas itu, Kedah kembali bangkit mengikat kedudukan 1-1 hasil jaringan Khyril Muhymeen pada minit ke-21.
Lions menggandakan jaringan melalui penyerang Shahril Anuar di minit ke-28

Selepas separuh masa kedua bermula, Lions kembali menambah derita Sang Kenari hasil jaringan pemain pertahanan, Baihakki Khaizan pada minit ke-56.

Bagaimanapun Kedah kembali bangkit hasil jaringan Amar Rohidan menjadikan kedudukan jaringan 3-2.

Sang Kenari bagaikan mendapat suntikan semangat dan mempamerkan semangat tidak berputus asa apabila terus merapatkan kedudukan menerusi pemain import, Verdan Gerc menjadi wira pasukan mengikat Lions 3-3 minit ke-64.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.