Dr Maszlee Malik, Moderator Debat Sinar - Isu PTPTN Amat Biadab & Melampau?? Jom Terjah..


Ini bukan budaya barat. Ini budaya selatan kot~

Kenapa biadab sungguh Dr Maszlee Malik sehingga sanggup mencabar Dato' Seri Najib dan Dato'  Seri Anwar untuk berdebat. Tahukan Dr Maszlee berdebat ini adalah budaya barat. Kenapa kita harus libatkan Najib untuk terjebak dalam budaya barat ini. Cukuplah bertandingan debat peringkat sekolah dan Universiti mengikut budaya barat, cukuplah KJ dan Rafizi untuk meniru budaya barat tetapi jangan sesekali libatkan Najib yang mulia itu untuk terlibat dalam budaya barat itu.

Dr Maszlee juga telah melontarkan cabaran debat itu kepada DSN dan DSAI. Mengapa masih mahu melontarkan cabaran kepada DSAI, bukankah DSAI telah beberapa kali mencabar Najib untuk berdebat dan terbaru DSAI sanggup untuk berdebat sekali gus antara Anwar, Najib dan Raja Petra. Namun sehingga ke hari ini debat itu masih belum terlaksana kerana bagi UMNO debat ini adalah budaya barat.

Tengok twitter depa ni... tak pasal-pasal Moderator menjadi mangsa..


Malang sungguh nasib Moderator ni.. 

Najib!! tunggu apa lagi.. sambutlah cabaran Moderator tu.. biar Anwar demam.. ha..ha..ha..
Anwar atau Najib yang akan demam?

Adakah kita sanggup untuk mendengar DSN berhujah menggunakan ayat-ayat ekonomi. Sanggupkah kita DSN membuat kira-kira dalam ekonomi dan membentangkan kira-kiranya itu. Dan sanggupkah kita melihat DSAI deman mengigil jika DSN menyahut cararan ini. 

Namun bagaimana dengan pendirian UMNO dalam debat KJ-Rafizi ini. Adakah UMNO akan melebelkan KJ ini sebagai orang UMNO berbudayakan budaya barat. Dan bagaimana pula dengan debat-debat di sekolah dan Universiti. Kenapa tidak diharamkan sepenunya. Takkan pada peringkit pimpinan ia merupakan budaya barat tetapi diperingkat rakyat berlaku sebaliknya.

Namun bukankah UMNO itu sendiri adalah hasil tangan barat. Bukankah semasa UMNO lama yang diharamkan dulu ditubuhkan dengan izin dan rela oleh British sedangkan banyaknya parti telah diharamkan British. Dalam negara kita juga yang banyak berlegar bukan lagi budaya kita, tetapi budaya asing yang diangkat martabatnya, dalam segi penggunaan bahasa, dari segi pakaian dan dari segi berhibur juga. Dan kenapa soal itu dibolehkan tetapi dalam soal mematangkan politik dilabel sebagai "HARAM"

Maka benarlah kata KJ, kalau mahu seribu dalil tetapi kalau tidak mahu seribu dalih. Jika DSN ingin "membenarkan" segala hujahnya yang pernah dinafikan DSAI, maka saat dan ketika inilah masanya untuk membuktikan apa yang dihujahnya itu adalah kebenaran dan apa yang dihujahDSAI itu janji-janji manis politik. Rakyat hari ini rakyat yang bijak, rakyat bukan memilih peminpin yang bijak berpidato semata-mata, kami tahu DSN tidak hebat dalam berpidato jika hendak dibandingkan dengan DSAI, namun kematangan rakyat melebihinya untuk memilih peminpin yang berwibawa. Maka, beranikan dirilah wahai Perdana Menteri, tunjukkan kejantanan dan buktikan jika anda sahut cabaran ini maka DSAI akan deman mengigil.

Kredit:ASD Dan Rakan Blog

1 comments:

  1. DSN nak debar dgn DSAI?......tungguuuuu .....DSN kena tanya BIK MAMA dulu.....wakakakakaka

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.