BERSIH 3.0 Bukan Untuk Gulingkan Kerajaan Cuma Tuntutan Mereka Pembaharuan Terhadap Sistem Pilihanraya Negara... Itupun Sukar Untuk Kerajaan Penuhi.. Kenapa???


May 05, 2012
KUALA LUMPUR, 5 Mei – Bersih hari ini menafikan dakwaan perhimpunan jalanan mereka Sabtu lalu untuk menjatuhkan kerajaan, sebaliknya hanya menuntut pembaharuan terhadap sistem pilihan raya di negara ini.
Pemerhati pilihan raya itu yang sebelum ini sering menafikan menyokong pembangkang, menegaskan objektif Bersih 3.0 hanya menuntut proses pilihan raya yang adil dan bersih.
“Bersih mahu pilihan raya yang bersih dan adil.
“Harapan kami adalah untuk melihat pembaharuan dalam kerajaan yang mentadbir melalui peti undi yang adil dan bersih,” kata badan NGO gabungan daripada 84 ahli hari ini.
Menurut laporan The Star Online semalam, Najib mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 hujung minggu lalu berniat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Perdana menteri dalam ucapannya di Kelantan telah disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan berkata, peserta perhimpunan 28 April lalu mahu menawan Dataran Merdeka, bukan sekadar mahu berada di kawasan dataran bersejarah itu untuk beberapa jam.
“Mereka mahu menguasai dataran pada hari itu. Sebab itu penganjur Bersih 3.0 enggan menerima cadangan kerajaan supaya perhimpunan itu diadakan di lokasi lain termasuk Stadium Merdeka.
“Niat mereka jelas menunjukkan pengaruh politik, ia adalah cubaan untuk merampas Putrajaya.
“Mereka mahu menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya dipetik The Star Online ketika karnival Komuniti  Malaysia di Gua Musang.
Pemerhati pilihan raya itu bagaimanapun menegaskan kepada Najib bagaimana cubaan mereka berhimpun di Dataran Merdeka akan mengancam kuasa kerajaan.
“Kerajaan tidak menjelaskan dengan lengkap bagaimana dengan menguasai Dataran Merdeka akan memberikan ancaman untuk menjatuhkan kuasa kerajaan,” tegas mereka.
Kumpulan itu turut mengekalkan keputusan mereka menolak tawaran kerajaan mengadakan protes di Stadium Merdeka, menolak dakwaan lain oleh Najib ia merupakan punca tercetusnya huru hara yang pada mulanya himpunan secara aman.
Mereka menjelaskan saiz peserta yang ramai dan perubahan di saat-saat akhir bakal menimbulkan kekeliruan kepada peserta jika tawaran itu diterima.
“Kami juga yakin ia adalah langkah terbaik untuk menerima tawaran menggunakan Stadium Merdeka.
“Jika berdasarkan jumlah anggota polis dan keadaan stadium, lokasi itu adalah merbahaya untuk peserta,” dakwa mereka.
Najib Khamis lalu menyalahkan Bersih 3.0 atas keganasan ketika perhimpunan mereka, dan menjelaskan perkara itu tidak akan berlaku jika mereka menerima tawaran kerajaan untuk menggunakan Stadium Merdeka.
Menurut beliau, perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih itu akan berlangsung dalam situasi aman jika diadakan di stadium yang telah dicadangkan pihak berkuasa.
Namun Bersih berkeras berdasarkan laporan kesihatan, keganasan antara perusuh dan pihak polis dicetuskan kumpulan berkenaan.
“Laporan kesihatan daripada mereka yang ditahan melihatkan polis memukul peserta yang memakai baju kuning Bersih 3.0, baju anti Lynas, atau mana-mana baju kuning dengan melakukan keganasan kepada mereka,” kata kumpulan terbabit.
Mereka turut mendakwa sesetengah mereka yang ditahan turut diserang apabila ditangkap, malah ketika sedang makan di gerai makan, dan melintasi kawasan LRT, dan ada yang diserang selepas ditangkap walaupun mereka tidak melawan.
Malah wakil media turut tidak terkecuali daripada dipukul, Bersih menegaskan lebih 12 jurugambar dan wartawan menjadi mangsa keganasan polis dengan peralatan mereka dirampas.
“Keganasan ini menimbulkan persoalan polis menggunakan paksaan dalam menjalankan tugas ketika Bersih 3.0 atas arahan atau mereka telah hilang kawalan.
“Terlalu banyak laporan keganasan polis yang memakai uniform tanpa nama dan identiti pengenalan polis bagi mengelakkan mangsa mengenalpasti mereka,” kata kumpulan tersebut.
“Persoalannya yang masih menjadi tanda tanya – siapa yang bertanggungjawab menyembunyikan keganasan terhadap perusuh Duduk Bantah selepas gas pemedih mata dilepaskan?”
Bersih menuntut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ditugaskan untuk mengadakan inkuiri awam bagi menyiasat keganasan polis dan pembentukan panel itu dipilih oleh Kabinet untuk menyiasat keganasan terhadap media.
-MI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.