Sekembalinya Dari Berbulan Madu Di Pulang Redang : Doktor Sahkan Aktres Fasha Sanda Mengandung - Bunting Pelamin Kata Fasha.. Jom Terjah!!!



fasha
Media Hiburan petang ini melaporkan yang aktress popular,Fasha Sandha telah disahkan hamil dua minggu.
Berita yang semestinya menggembirakan pasangan Fasha Sandha & Rizal Ashram yang baru sahaja selesai berbulan madu di Pulau Redang, Terengganu minggu lalu.
Pengurus peribadi Fasha Sandha, Nik Yasmin dikhabarkan memaklumkan berita gembira ini melalui Blackberry Messenger (BBM) selepas doktor mengesahkan kandungan.
Menurut pesanan ringkas Nik Yasmin, doktor melakukan pemeriksaan ke atas Fasha Sandha selepas beliau di’dapati lambat datang bulan dan doktor tampil dengan berita gembira buat pasangan pengantin baru ini.
Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) bernikah pada 27 April yang lalu dalam majlis ringkas tetapi penuh meriah di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Tahniah buat Fasha Sandha & Rizal Ashram, tidak sabar untuk lihat baby anda berdua



Manakala, Fasha melalui laman Facebooknya berkongsi berita gembira ini dengan peminat berbunyi, “Bunting pelamin. Rezeki dari Allah yangg paling bermakna buat setiap pasangan suami isteri. Syukur Alhamdulillah. Doa kami berdua dimakbulkan Allah. Terima kasih keluarga, peminat yg mendoakan kebaikan utk kami. Doakan agar kandungan awal ini sihat selalu.. Syukur. Amin.”
Tahniah buat Fasha & Jejai.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.