Panas!!! Inilah Senarai Pemenang2 Bagi Anugerah Astro Arena 2012


Apek Menang Anugerah Astro Arena 2012!! Bintang bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan nama Apek telah memenangi Anugerah Atlit Lelaki Berpasukan di Anugerah Astro Arena 2012 yang berlangsung 24 April 2012.


Dikhabarkan semasa Majlis Anugerah Astro Arena 2012 berlangsung, Apek tidak dapat hadir kerana dia kini berada di Vietnam. Walaupun begitu, Apek amat berterima kasih kepada para peminat yang memberi sokongan kepadanya. Dia bertekad akan memperbaiki mutu permainannya dan berharap rakyat Malaysia akan terus menyokong pasukan bola sepak negara.

Antara lain yang turut memenangi anugerah di majlis tersebut ialah rakan sepasukan Apek iaitu Nazmi Faiz dan jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee yang masing-masing memenangi Anugerah Atlet Muda Pilihan dan Jurulatih Pilihan. Tahniah diucapkan kepada semua atlet yang memenangi anugerah di Anugerah Astro Arena 2012.

Berikut adalah keputusan penuh Anugerah Astro Arena 2012:


ATLIT LELAKI PILIHAN BERPASUKAN:
Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak)-PemenangBryan Nickson Lomas (Terjun)
Adrian Ang (Bowling)
Cheng Chu Sian (Memanah)
Mazli Ikmar Mohd Nor (Hoki)

ATLIT WANITA PILIHAN BERPASUKAN:
Pandelela Rinong (Terjun)
Png Hui Chuen (Renang Berirama)
Jacqueline Sijore (Bowling)
Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal)-PemenangKatrina Ann Abdul Hadi (Renang Berirama)

ATLIT MUDA PILIHAN:
Zulfadli Zulkifli (Badminton)
Adiq Husaini Othman (Berbasikal)
Aaliyah Yoong (Ski Air)
Jupha Somnet (Berbasikal)
Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Bola Sepak)-pemenang

KEBANGKITAN PILIHAN:
Sam Chong (Snuker)
Lee Hup Wei (Olahraga)-Pemenang

JURULATIH PILIHAN:
Yang Zhuliang (Terjun)
Ong Kim Swee (Bola Sepak)-Pemenang
Holloway Cheah (Bowling)
John Beasley (Berbasikal)
Lee Jae Hyung (Memanah)

BLOG SUKAN PILIHAN:
Haresh Deo(Foul)
S S Dhaliwal ( Malaysian Sports)
Christopher Raj (Jaiho Malaysia)
Mohd Aiman (SuaraSukan1Mas)-Pemenang

PERLAWANAN PILIHAN:
Indonesia lwn Malaysia (Final Bola Sepak Sukan Sea 2011)-PemenangLin Dan lwn Lee Chong Wei (Final Kejohanan Badminton Seluruh England 2011)
Terengganu lwn Negeri Sembilan (Piala Malaysia 2011)
Malaysia lwn Singapura (Kelayakan Piala Dunia 2014)
Malaysia lwn Australia (Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2012).

LAGENDA SUKAN NEGARA:
Dato M Rajamani
Datuk Ghani Minhad
Adnan Saidin
Sylvia Ng

ANUGERAH KHAS ARENA:
Salam Sidik

JASAMU DIKENANG:
Razali Alias
Khoo Beng Khai

Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang di Anugerah Astro Arena 2012. Selepas Apek menang Anugerah Astro Arena 2012, diharap pencapaian Apek akan terus meningkat.


sumber: forblogger.net

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.