Video & Gambar: Para Penyokong Terengganu Berdemo Minta Presiden PBSNT Letak Jawatan

PENYOKONG Terengganu tidak berpuas hati berkumpul dan membantah supaya Che Mat Jusoh
meletakkan jawatan sejurus selepas skuad Penyu tewas kepada Tampines Rovers, semalam.
PENYOKONG Terengganu tidak berpuas hati berkumpul dan membantah supaya Che Mat Jusoh meletakkan jawatan sejurus selepas skuad Penyu tewas kepada Tampines Rovers, semalam.
KIRA-kira 300 penyokong Terengganu yang tidak berpuas hati membuat bantahan dengan berkumpul dan mengangkat kain rentang meminta pihak pengurusan meletak jawatan selepas menyaksikan pasukan kesayangan mereka tewas 0-2 kepada Tempines Rovers dalam saingan Kumpulan F Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), semalam. 

Penyokong yang berkumpul di luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebaik permainan tamat bertindak melepaskan geram kepada pemain, jurulatih dan meminta Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang juga pengurus pasukan, Datuk Che Mat Jusoh agar berundur.





Kekecohan itu timbul selepas barisan anak buah Mat Zan Mat Aris tersungkur dilaman sendiri hasil dua jaringan ketua pasukan yang juga bekas penyerang kebangsaan Singapura, Aleksandar Duric pada minit ke-37 dan 90 permainan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.