Inilah Keputusan PAS Pusat : YAB DS Ustaz Azizan Kekal MB, 2 EXCO Perlu Kembali... 5 Petang Ini Dato' Phahrolrazi Adakan Sidang Media Di Rumah Beliau... Jom Pakat2 Pi...



KUALA LUMPUR, 5 Mac: PAS hari ini menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku di Kedah berhubung dengan pelantikan dua exco yang masih tertangguh hingga hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, keputusan telah dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat berhubung dengan perbincangan di Alor Setar sebelum ini.

"Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.

"Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah," jelasnya ketika bercakap pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, pagi ini.

Malam semalam, perbincangan mencari formula penyelesaian isu Kedah berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon yang menyaksikan perbincangan hampir 5 jam bermula 9.30 malam sehingga jam 3 pagi.

Pertemuan tersebut adalah antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah dengan dipengerusikan sendiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah dan dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.

Mustafa juga berkata, PAS Pusat akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk bersama bertanggungjawab memantau serta memberi pandangan kepada pentadbiran negeri di bawah PAS, malah termasuk juga negeri-negeri yang mana PAS juga turut terlibat dalam pentadbiran.

Ketika ditanya mengenai perbincangan yang diambil begitu lama bagi menyelesaikan kemelut tersebut, Mustafa memberitahu mesyuarat sebenarnya tidak lama tetapi untuk mendengar pandangan exco-exco itu memerlukan masa yang lama.

Beliau turut yakin bahawa krisis itu selesai dan kedua-dua exco menerima keputusan yang telah dicapai.

"Kita telah memaklumkan keputusan tersebut secara lisan dan saya optimis kedua-dua mereka menerima keputusan tersebut.

"Buat masa sekarang tidak ada sebarang andaian negatif dilakukan terhadap keengganan mereka menerima keputusan tersebut," sambungnya.

Mustafa turut menyatakan keputusan itu juga telah dipersetujui oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Selain itu juga kita turut yakin dan optimis bahawa keputusan ini akan mengukuhkan kedudukan kita (PAS) di Kedah serta mengekal kemenangan pada pilihan raya yang akan datang," jelasnya lagi.

*************************************************
Admin ada terima SMS yang berbunyi:
Salam. Tuan/Puan dijemput hadir beramai . SIDANG MEDIA . Jam 5 petang ni dirumah YB Dato Phahrolrazi. Kewajipan semua hadir utk mengetahui lebih dekat kemelut yang berlaku. SEBARKAN pd ahli2 dan rakyat supaya semua pakat2 tau. T.Kasih. Wassalam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.