Gempar!! Inilah Kanak2 Berumur 11 Tahun Yang Selamat Melahirkan Bayi Perempuan Di Hari Perkahwinannya



SOFIA – Belum pun sempat memasuki sekolah menengah, seorang budak perempuan warga Bulgaria, Kordeza Zhelyazkova kini bergelar ibu setelah selamat melahirkan seorang bayi perempuan, lapor sebuah akhbar semalam.


Malah, Zhelyazkova berbangga kerana bayi itu lahir pada hari perkahwinannya dengan teman lelakinya yang berusia 19 tahun, Jeliazko Dimitrov.


Selepas bermalam bersama bayi seberat 2.6 kilogram yang diberi nama Violeta itu, budak perempuan tersebut kembali menyarung gaun pengantin untuk menyelesaikan upacara perkahwinan yang sebelum ini tergendala.

“Sebelum ini, saya cuma bermain dengan alat permainan tetapi kini bayi ini adalah permainan saya yang baru. Saya perlu lebih matang. Saya kini seorang ibu,” katanya ketika berada di sisi suaminya di hospital berkenaan.


Keluarga Zhelyazkova gembira dengan kelahiran anggota baru keluarga mereka.

Zhelyazkova yang merupakan ibu paling muda di ibu kota Bulgaria itu hamil dua minggu selepas menyambut hari jadinya yang ke-11. 

– Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.