TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Banyak Gambar : Rumah Terbalik Yang Pertama Di Malaysia - Daya Tarikan Ribuan Pelancong Ke Sabah

Rumah terbalik di Tamparuli, Sabah kini menjadi tarikan pelancong di negeri itu.
KOTA KINABALU: Satu-satunya 'rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah.

Menurut pengendali Trekker Lodge, rumah unik di kaki Gunung Kinabalu itu telah menarik lebih daripada 3,000 pelawat, selepas hampir enam minggu ia dibuka kepada orang ramai.

Malaysia Book of Records mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya seumpamanya di negara ini.

Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik.

Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah.

"Pelancong asing dan tempatan tertanya-tanya mengenai rumah ini dan berkunjung ke sini sejak ia dibuka (pada 1 Februari)," kata Yee semasa majlis pembukaan rasmi rumah terbalik itu ole Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun pada malam jumaat.

Yee berkata, rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu diibaratkan sebagai sebuah mimpi yang menjadi kenyataan, yang direka berdasarkan gaya gabungan etnik Sino-Dusun dan Dusun.

Beliau berkata, ia dilengkapi dengan pelbagai seni kraf dan asli selain kelengkapan rumah seperti peti sejuk dan set sofa di mana semuanya berada dalam keadaan terbalik.

Masidi (kanan) sedang meninjau bahagian dalam rumah terbalik bersama Yee (dua, kanan).
Masidi Manjun mengucapkan tahniah kepada Yee di atas ideanya yang unik, berkata idea seperti itu adalah penting bagi pertumbuhan berterusan industri pelancongan yang pesat di Sabah.

“Idea-idea kreatif perlu menjadi sebahagian daripada industri pelancongan, kerana bukan semua yang datang ke Sabah mahu melihat hidupan liar atau pulau-pulau kerana mereka juga berkunjung di sini bagi melihat sesuatu yang berbeza.

“Kita perlu lakukan sesuatu yang berbeza untuk berjaya,” katanya.

Yee berkata, beliau menyampaikan mesej alam sekitar menerusi rumah itu yang mengingatkan bahawa perlu menjaga alam sekitar, jika tidak dunia akan musnah.

Rumah terbalik di Borneo itu mungkin yang satu di Asia Tenggara, kerana terdapat banyak rumah berkonsepkan sedemikian yang dibina di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Jepun.

Ia dibina berhampiran jalan utama untuk menuju ke Gunung Kinabalu, Sungai Kiulu, Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Semporna dari Kota Kinabalu. Ia dibina mengikut spesifikasi rumah tradisional Sabah dan dilengkapi dengan dapur, ruang tamu, bilik tidur yang dibina terbalik!



Bayaran Masuk

Pengalaman melawat rumah ini akan memakan masa dari 30 hingga 45 minit untuk sekali lawatan. Ia dibina di dalam Perkampungan Kraftangan Tuaran yang turut menyediakan juadah tempatan serta cenderamata tempatan untuk di bawa balik.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak Upside Down House.

Lihat gambar-gambar di bawah.




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.