Isu Penyelewengan Pasir: Noh Omar Tidak Berani Hadir Ke Selcat... Ini Pula Alasannya


TANJONG KARANG: Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata beliau hanya akan mendedahkan bukti mengenai penyelewengan pasir di negeri itu jika kerajaan negeri mengadakan 'perbicaraan terbuka'.
Beliau berkata langkah itu perlu kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang sepatutnya menyiasat isu tersebut masih gagal menyelesaikannya, meskipun telah menerima laporan sejak setahun lepas.
"Selcat wajar digunakan sejajar dengan penubuhannya yang bertujuan untuk mencari kebenaran berhubung sesuatu isu yang timbul. Namun apa yang dilihat pada hari ini Selcat hanya ditubuhkan untuk kepentingan politik kerajaan negeri. "Kalau merasakan Selcat tidak mampu selesaikan isu itu, kerajaan negeri harus tubuhkan mahkamah rakyat (terbuka) dan saya akan hadir serta bawa enam saksi yang sanggup kemuka bukti mengenai kegiatan penyelewengan pasir di Selangor," katanya, di sini, Jumaat.
Beliau yang ditemui pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diminta mengulas mengenai cabaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu Noh mendedahkan bukti penyelewengan terbabit.
Terdahulu Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama Tanjong Karang di sini.
Noh ketika berucap pada majlis itu mengumumkan peruntukan RM100,000 bagi menaik taraf infrastruktur di sekolah berkenaan termasuk bilik guru dan surau serta RM15,000 kepada PIBG sekolah terbabit.-BERNAMA

1 comments:

  1. Apa lagi PR.. buat la mahkamah terbuka mcm zaman dulu2.. lagi ramai boleh saksikan perbicaraan itu.. berani ke Noh Samseng pergi ke mahkamah terbuka tersebut.. tengok pementasan perbicaraan terbuka Noh Samseng.. masuk free

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.