Nampaknya peperangan menggunakan medium Twitter antara Rita Rudaini dan adik iparnya, Zaquan Adha semakin hangat. Namun begitu kesahihan sama anda status update yang dibuat ditujukan kepada kedua-dua belah pihak tidak dapat disahkan kerana mereka tidak menyebut nama usernama masing-masing secara direct. Namun hampir kesemua tweet yang dibuat oleh mereka berdua seolah-olah membalas tweet antara satu sama lain.
Seperti gambar di atas, Zaquan Adha menyatakan yang dia cuma ingin menyelamatkan abangnya, Aidil daripada seseorang yang kejam. Namun Abang Nara agak terkesima apabila membaca jawapan daripada Rita Rudaini:-
Senang cerita, benda-benda hal kekeluargaan sebegini tak perlu rasanya diupdate menggunakan Twitter. Satu Malaysia boleh baca. Agak memalukan kerana seolah-olah membuka pekung di dada sendiri.
Update: Lagi beberapa tweet yang ditulis oleh Rita Rudaini di bawah:-
Petang semalam, agak gempar dunia hiburan tanah air bila pelakon, Rita Rudaini dan adik iparnya, pemain bola sepak Negeri Sembilan Zaquan Adha telah ‘berperang’ status twitter. Ia bermula apabila Zaquan membalas satu kenyataan Rita mengenai pelakon itu yang “tidak kisah mertua sayang atau tidak”. Hasilnya, Rita mendakwa adik iparnya itu telah membuatkan seorang gadis(bukan isterinya) mengandung dan kemudian meminta gadis itu menggugurkan kandungan. Malam semalam, Zaquan telah memberitahu Mstar Online supaya Rita tidak menyebarkan fitnah kononnya dia telah melakukan perkara-perkara tersebut. Dia turut mendakwa tuduhan Rita itu berbaur ugutan untuk memalu serta menjatuhkan maruahnya sebagai orang yang dikenali.
Menurut Zaquan:-
Terlalu banyak tuduhan berbaur negatif yang dia (Rita) lemparkan kepada saya. Terus terang saya katakan, dengan apa yang ditulis dalam Twitter itu sebenarnya berbaur ugutan kepada saya.Zaquan juga enggan komen lanjut tentang isu itu kerana bimbang ia memberi kesan buruk kepada keluarga dan keadaan:
Sudahlah ibu dan ayah saya tidak sihat, jika mereka dapat tahu tentang hal ini, mereka pastinya kecewa.
Saya tak mahu komen tentang perbalahan kami ini. Orang ramai boleh menilai sendiri dengan apa yang ditulis dalam entri Twitter saya itu.Walau begitu, Zaquan mengaku kesal dengan entri Twitternya yang mampu mengundang suasana ‘panas’ kepada Rita.
Tuduhannya sudah melampau dan saya tidak boleh bersabar dengan dakwaannya itu. Kerana itu, saya membalas setiap apa yang dituduh.
0 comments:
Post a Comment