Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid meletak jawatan kerana didakwa melambatkan "penyiasatan penuh" terhadap dakwaan salah urus projek Fidlot Kebangsaan.
Ahli parlimen Ipoh Barat itu menggesa Azmi (kiri) supaya "jangan menjadi halangan" kepada siasatan segera PAC terhadap tuduhan itu agar jawatankuasa berkenaan boleh membentangkan penemuannya di Parlimen apabila ia bersidang semula Mac ini.
Lim membuat gesaan itu ekoran Azmi, yang juga ahli parlimen Padang Besar, menghentikan siasatan PAC terhadap pengurusan projek lembu itu, sehingga polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyelesaikan siasatan mereka.
"Keputusan PAC menghenti atau menggantung siasatannya terhadap pendedahan Ketua Audit Negara berhubung skandal itu hanyalah kecenderungan peribadi Azmi dan bukan keputusan kolektif PAC, kerana PAC tidak mengadakan mesyuarat selepas bermulanya siasatan polis dan SPRM terhadap NFC," katanya.
"Azmi tidak seharusnya mengenakan kehendak peribadi ke atas PAC apabila kepentingan negara menuntut PAC melaksanakan kewajipannya menjalankan siasatan penyiasatan segera dan serta-merta terhadap skandal tersebut."

PKR : Kenyataan Ambrin Tidak Tutup Salah Laku Dalam NFC | http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WlbJdo | http://antarapos.com/v1
ReplyDelete