Fenomena Gerhana Bulan Penuh Pada 10 Disember 2011 : Fasa Gerhana Penuh Waktunya Mulai 10.05 - 10.57 Malam - Banyak Fakta Dan Apa Perlu Kita Lakukan??


Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
 
Moon enters penumbra:      2011 Dec 10  19:31:37
Moon enters umbra:             2011 Dec 10  20:45:11
Start of totality:                       2011 Dec 10  22:05:29
Maximum eclipse:                2011 Dec 10  22:31:36
End of totality:                        2011 Dec 10  22:57:45
Moon leaves umbra:            2011 Dec 11  00:18:04
Moon leaves penumbra:     2011 Dec 11  01:31:30
 
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. 
 
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.
Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium.

(Jika video tidak muncul, sila klik terus ke link youtube ini)

Gambarajah 1 di bawah ialah laluan bulan ketika ia bergerak di dalam bayang-bayang umbra dan penumbra bumi. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html)

Secara umumnya, bayang-bayang Bumi terbahagi kepada bahagian:
i.                    Penumbra– kawasan bayang-bayang bahagian luar, yang mana ia tidak begitu gelap dan agak sukar dilihat perbezaan warnanya apabila diamati dengan mata kasar.
ii.                  Umbra– kawasan bayang-bayang bahagian dalam, yang mana di sinilah kawasan yang paling gelap dan terlindung terus daripada pancaran cahaya matahari. Warnanya kemerahan kerana cahaya matahari terbias apabila ia melintasi kawasan atmosfera bumi, lalu menghasilkan cahaya kemerahan.

Gambarajah 1

Gambarajah 2, di bawah  ialah peta dunia yang menunjukkan kawasan mana yang boleh lihat fenomena gerhana kali ini. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html).

Perhatikan keseluruhan Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) berpeluang melihat keseluruhan fasa gerhana dari awal hingga akhir

Gambarajah 2

Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan KESELURUHAN fasa Gerhana Bulan Penuh pada bulan Disember nanti. 

Selamat Mencerap Gerhana!


(sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu)


Info Bonus!
Fakta Menarik Menjelang Gerhana.
Fakta Suka-suka Menjelang Gerhana No 1:
Tidak seperti gerhana matahari, yang hanya boleh dilihat dari kawasan tertentu sahaja di dunia, Gerhana Bulan boleh dilihat dari mana-mana sahaja di sebelah malam Bumi.

Fakta Suka-suka Menjelang Gerhana No.2:
Gerhana Bulan Penuh boleh berlangsung selama beberapa jam, sedangkan gerhana matahari penuh berlangsung selama hanya beberapa minit sahaja di satu-satu tempat. Ini adalah kerana saiz bayang2 bumi (ketika gerhana bulan) lebih besar berbanding bayang2 bulan (ketika gerhana matahari)

Fakta suka-suka Menjelang Gerhana No.3:
Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

Fakta suka-suka Menjelang Gerhana No.4 :
Gerhana Bulan boleh berlaku sehingga 3 kali setahun (maksimum). Namun, adakalanya tidak ada langsung gerhana bulan berlaku dalam jangkamasa setahun. Percaya atau tidak, gerhana matahari berlaku lebih kerap, iaitu 2-5 kali setahun namun kawasan yang dapat lihat gerhana matahari penuh itu sikit sahaja (beberapa kilometer lebar sahaja), manakala gerhana bulan boleh dilihat 1/2 daripada kawasan permukaan bumi!


Fakta suka-suka Menjelang Gerhana No.5:
 
 
Semua orang tahu, Bulan akan menjadi warna kemerah-merahan apabila ia memasuki ke dalam kawasan bayang-bayang umbra bumi. Namun, kadangkala pada kawasan sempadan berwarna merah itu, warna permukaan bulan akan kelihatan seperti kebiru-biruan dan turquoise (biru kehijauan)! Ini adalah disebabkan cahaya itu sedang melalui lapisan ozon bumi (yang mana lapisan ini menyerap warna merah, dan membenarkan warna biru melepasinya). 
 
Bilakah ketika hendak melihat warna tersebut? Cuba tinjau-tinjau beberapa minit sebelum fasa gerhana penuh bermula, dan juga beberapa minit selepas fasa gerhana penuh tamat.
 
(Foto oleh Eva Seidenfaden of Trier, Germany, on March 4, 2007)
 

 
Fakta suka-suka Menjelang Gerhana No.6:
 
 
Jika di Bumi kita akan mengalami gerhana bulan, berlawanan pula kisahnya jika kita berada di Bulan ketika itu. Di Bulan, kita akan mengalami gerhana matahari pula! 
 
Lebih menarik ialah cahaya matahari tidak akan hilang sepenuhnya. Ia akan diserakkan oleh lapisan atmosfera bumi dan kelihatan kemerah-merahan.
 
Bumi akan kelihatan seperti satu bulatan hitam dikelilingi oleh cahaya merah, yang menandakan waktu fajar dan senja di seluruh dunia!
 
Cahaya merah senja dan fajar itulah yang akan jatuh ke permukaan bulan, dan menjadikannya kemerah-merahan.
 
(Ilustrasi menunjukkan gerhana matahari yang dilihat DARI bulan. Credit & Copyright: Hana Gartstein)
 

Di bawah merupakan beberapa buah foto gerhana bulan yang berjaya dirakam sebelum ini oleh ahli forum Falak Online

 
Foto by William Chin

 
Foto by Kayzack (LNO)

 
Foto by Shahrin

 
Foto by Aziz

 
Foto by Redzuan

 
Foto by William

 
Foto by William

 
Foto by Aziz

 
Foto by Aziz

 
 Foto by Shahrin

 
Foto by CK. Lim

 
Foto by Shahrin

 
Foto by Shahrin


FAQ Gerhana
Q: Boleh tengok dengan mata ke?
A: Ye, memang boleh. Tak perlu guna sebarang alat untuk tengok gerhana

Q: Kawasan mana di langit nak tengok gerhana ni?
A: Kat Bulan. :-)

Q: Kawasan saya kat Kampung Sg Kembong Hilir nampak tak gerhana ni?
A: Boleh... SATU Malaysia boleh nampak gerhana.

Q: Tapi masa gerhana tu, saya tengah melencong di Mongolia, boleh nampak juga ke?
A: Cuba rujuk peta dunia di artikel tu, ada tandaan yang menunjukkan kawasan mana dunia yang boleh nampak gerhana.

Q: Pukul berapa ia mula ye?
A: Sila rujuk artikel di atas, semua dah tertera. Kesian kat saya tulis penat-penat tapi tak de orang nak baca :-P

Q: Tapi malas la nak membaca!
A: Membaca Amalan Mulia :-) Kena usaha cari ilmu baru berkat
 
Q: Nak ambik gambar guna apa ye?

A: Guna kamera la ... :-)

Q: Kamera phone boleh?
A: Boleh, tapi lebih baik ambik imej yang ada pada teleskop, lebih besar lebih terang.

Q: Tapi imej dalam kamera phone saya tu tak terang la! Camne ye?
A: Beli handphone baru

Q: Kalau hujan boleh nampak tak gerhana?
A: Confirm tak boleh... pasal hujan! 

Q: Tapi tempat saya tak hujan, tapi awan banyak.. boleh nampak ke?
A: Selagi awan tu tak lindung Bulan, selagi tu boleh nampak

Q: Tapi hujan la, tak nampak!
A: Kalau hujan, tak pe.. layan EPL je..

Q: Alaaa....saya tak ada teleskop la, nak tengok macamana?
A: Seperti sedia maklum, tak perlu teleskop untuk tengok gerhana.

Q: Saya ada cermin mata gerhana matahari, boleh nampak ke gerhana bulan kalau pakai tu?
A: Dah namanya cermin mata gerhana MATAHARI... so memang tak boleh nak gunalah untuk gerhana BULAN. Simpan untuk Transit Venus tahun 2012 nanti...

Q: Kenapa Bulan jadi warna merah masa gerhana tu?
A: Sila rujuk artikel di atas, segalanya telah diterangkan

Q: Kat mana aktiviti cerapan gerhana untuk awam?
A: Boleh rujuk Page Malaysia Lunar Eclipse, sana ramai yang pos status aktiviti masing-masing.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.