Video : Sekitar Sidang DUN Kedah, UMNO Sudah Hilang Isu

 ALOR SETAR, 16 November 2011 – Kerajaan negeri semasa pemerintahan Barisan Nasional dahulu juga tidak membelanjakan sepenuhnya peruntukan penyelenggaraan membaiki jalan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat. Sebaliknya mereka hanya berbelanja mengikut kadar yang ditetapkan dan selebihnya digunakan untuk urusan-urusan lain termasuk pentadbiran kerajaan negeri.

Pengakuan tersebut dibuat oleh ADUN Pedu, YB Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid dalam Usul Ucapan Menjunjung Kasih sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Penggal Keempat di Wisma Darul Aman.

“Kerajaan dahulu juga menggunakan lebihan wang peruntukan jalan sepertimana kerajaan negeri sekarang lakukan. Amalan itu telah kita lakukan sejak dulu lagi.

“Walau bagaimana pun kita berharap, kerajaan negeri dapat meningkatkan lagi usaha membaiki jalan-jalan yang rosak demi keselamatan kita bersama,” tambah beliau. 

MB Menjawab Desakan Ketua Pemuda Gerakan



Program KUIN


EXCO Pertanian Jelas Projek Pertanian

Datuk Phahrolrazi Menjawab Berkaitan Penyelenggaraan Sungai

Dividen Felda... Sikitnya Peneroka Dapat Sebulan???

Terima Kasih Tuanku Sultan


Bijih Besi Bakal Menjadi Sumber Pendapatan Baru Negeriku
 
ALOR SETAR – Bajet 2012 sebanyak RM1.008 billion untuk kepentingan rakyat dapat ditampung dengan sumber hasil baru yang diperolehi oleh kerajaan negeri, iaitu hasil kuari bijih besi.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, hasil daripada kajian yang dilakukan Jawatankuasa Hasil, terdapat 80 juta tan metrik bijih besi dalam tanah untuk dihasilkan, hanya melibatkan tanah di bawah Permodalan Kedah Berhad (PKB).

“Di bawah tanah PKB saja, kita ada 80 juta tan metrik yang perlu dikeluarkan, oleh itu saya boleh buat bajet besar sikit.

“Kalau satu tan RM50, maknanya 80 juta dapat RM400 juta, kerajaan dapat lima peratus daripada RM400 juta itu,” ujar beliau kepada pemberita selepas membentangkan Bajet 2012 di Dewan Undangan Negeri, di sini.

Sumber hasil bumi ini dipercayai terdapat di daerah Kuala Muda, Kubang Pasu dan Pendang dan ianya mendapat permintaan antarabangsa terutama Cina.

Kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas untuk mempercepatkan proses perlombongan dapat dilakukan dengan secepat mungkin, yang mana hasilnya dapat dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat.

“Kita telah buat satu pasukan petugas macam mana nak cepatkan, bila lagi cepat kita beri kelulusan dan kebenaran, maka kita akan dapat hasil cepat,” ujar beliau.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.