Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 Buat Semua Pembaca.. Terima Kasih Atas Sokongan Kalian...


Tema sambutan maal hijrah 1433 ialah `Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’. Jika sambutan tahun baru masihi sering dikaitkan dengan azam atau perancangan ingin dilakukan sepanjang tahun mendatang, kedatangan 1 Muharam sebagai permulaan tahun baru hijrah pula ialah menilai pencapaian tahun sebelumnya untuk tindakan penambahbaikan pada masa depan.

Proses dinamakan muhasabah itu menjadi titik memulakan langkah meningkatkan pencapaian diraih tahun sebelumnya dan bagaimana untuk berdepan tahun selepas ini ke arah membina kehidupan lebih baik.

PERISTIWA PENTING BULAN MUHARAM
1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

Hari pertama Allah menciptakan alam.

Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

Hari pertama Allah menurunkan hujan.

Allah menjadikan ‘Arasy.

Allah menjadikan Luh Mahfuz.

Allah menjadikan alam.

Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Nabi Isa diangkat ke langit.

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.