Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi Dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011 Peringkat Negeri Kedah... Tahniah!!!

http://www.kuin.edu.my/v3m/images/stories/food/02%20draziz.png
ALOR SETAR – Dekan Kulliyah Syariah Kolej Universiti Insaniah, Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011 Peringkat Negeri Kedah.

Beliau yang dilahirkan pada 28 Julai 1948 mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kodiang, Kedah dan Sekolah Menengah Agama Alawiah, Kangar, Perlis.

Panggilan ilmu telah membawa beliau untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau menyambungkan pelajaran ke Kolej Islam Malaysia dan memperoleh Diploma Pendidikan.

Kemudiannya menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah sekitar tahun 1972 hingga 1984.

Beliau turut terlibat dalam menyampaikan kuliah di radio, mengajar kitab di masjid-masjid dan juga menyertai seminar di peringkat negeri dan kebangsaan dalam usaha mengembangkan syiar Islam.

Bagi kategori Saudara Kita 1433H dianugerahkan kepada Pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis, Ibrahim Lai Abdullah.

Anugerah disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah sempena sambutan Maal Hijrah 1433H / 2011 Peringkat Negeri Kedah.

KDYMM Tuanku Sultan Kedah turut menyampaikan anugerah kepada Masjid Seri Jerai, Gurun yang memenangi kategori Masjid Terbaik Bandar dan Masjid Kampung Bukit Tinggi, Kubang Pasu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.