Media Baru Amat Perlu Bagi Memperkasakan Kerja2 Penerangan Dan Dakwah... PAS KEDAH Harus Ke Depan, Tubuhkan Skuad Cyber Mulai Sekarang Untuk Hadapi PRU 13

Oleh DR MOHD FADZLI HASSAN 
 
KEPERLUAN PAS masa kini adalah satu pasukan pendukung parti yang mampu memanfaatkan ICT dan Media Baru sebagai satu ‘alat’ memperkasakan kerja-kerja peneranghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpMaEo5LmCR8hyphenhypheniKY01TjTOkPUX-4c8kzsz75rERBPVfuNbrmghQXJEZGeGmZ1JzoHxRJNxQl2yTYmbtMkX6a00sCCfi51MWZlk1SOmuD0-LHEadx0Abz3EJSyirYrj0w571sJwrNUAqo/s400/internet.jpgan dan dakwah dalam dunia moden sekarang ini.
 
Kehadiran teknologi internet yang ditunjangi ICT seperti web, blog, Facebook, Twitter, YouTube, webtv dan berbagai lagi media sosial yang lain telah memberikan kesan yang besar terhadap penyebaran maklumat yang selama ini sentiasa berat sebelah kepada parti pemerintah.

Bagi menjadikan ICT dan Media Baru ini lebih dihargai dan dibudayakan di dalam parti, siaran web radio dan webtv ceramah dan kuliah pimpinan PAS harus dijadualkan secara lebih agresif tidak terhad kepada kuliah Tok Guru Mursyidul Am dari Dewan Zul, Kota Bharu dan Tok Guru Presiden dari Masjid Rusila sahaja.


Bagi tempat yang tiada capaian kepada internet, dicadangkan kaedah mengadakan tayangan ‘Wayang Pacak’ dengan menggunakan teknologi VCD (video compact disc). Berita yang disiarkan oleh TVPAS hendaklah diperbanyakkan.
 
PAS sebuah organisasi yang telah mencapai tahap kematangan setelah lebih 60 tahun mengharungi perjuangan tentunya kaya dengan pelbagai data dan maklumat yang tidak disimpan dan diuruskan secara bersepadu.
 
Bagi memenuhi hasrat ini, proses kerja dan konsep pengurusan moden seperti Total Quality Management (TQM), pengurusan pengetahuan (knowledge management), Organisation Learning, Organisational Restructuring, Process Innovation, Business Process Improvement (BPI), Business Process re-engineering (BPR) dan lain-lain perlu diimplementasikan dan menjadi sebahagian daripada agenda pengurusan ICT.
 
Inisiatif strategik kepada pembangunan ICT di Kelantan sebagai contoh negeri yang diperintah oleh PAS adalah untuk untuk menjadikan negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulama sebagai negeri berpengetahuan atau knowledge state (k-state) dirancang menjelang tahun 2015.
 
Ketiga-tiga elemen ini disasarkan kepada 3 sektor iaitu Sektor Awam (Kerajaan), Sektor Swasta (Perniagaan) dan Sektor Komuniti (Rakyat) Kerangka Strategik Pembangunan ICT Kelantan dibentuk untuk menyediakan satu halatuju strategik pembangunan ICT di Kelantan untuk mencapai visi Membangun Bersama Islam dengan menekankan kepada 3 elemen; iaitu Government to Government (G2G); Govenrment to Community (G2C) dan Government to Business (G2B) di bawah kepimpinan ulama untuk merealisasikan model good governance.
 
Saya ingin menyarankan Lujnah Penerangan perlu mengusahakan dana yang mencukupi bagi bersaing dalam mendapatkan teknologi media baru ini. PAS mempunyai tenaga manusia yang ramai di semua peringkat negeri dan kawasan serta Dun untuk menjayakan sesuatu tujuan termasuk dalam bidang ICT dan Media Baru ini.
 
Sungguhpun begitu, tenaga petugas dalam bidang ICT dan Media Baru ini perlu dilatih secara terancang dan sistematik termasuk pimpinan tertinggi parti.
Dalam merealisasikan objektif ICT dan Media Baru, proses-proses pelaksanaannya perlu diambil secara menyeluruh dan konsisten.
 
Di antara proses perlaksanaan yang dicadangkan adalah melaksanakan Pengurusan Perubahan (change management) untuk mewujudkan budaya kerja yang berasaskan ICT (ICT oriented).
 
Selain itu, PAS perlu mempromosikan budaya perkongsian maklumat dan ilmu dengan penggunaan teknologi ICT dan Media Baru (contoh: e-mel, FB, Twitter dan lain-lain) sebagai alat untuk berkomunikasi bagi mewujudkan persekitaran dan pembudayaan ICT di kalangan anggota parti.
 
Jentera Penerangan dan Jentera ICT adalah dua jentera yang berbeza sebagaimana yang diamalkan sekarang ini, iaitu Lujnah Penerangan dan Dakwah (LPD) dan Lujnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (LICT).
 
Perkara ini pernah dibincangkan dalam satu Resolusi Bengkel Pemerkasaan e-Media PRU12 pada tahun 2007 yang lepas dengan mencadangkan pembentukan Cyber Squad.
 
Satu pelan perancangan kerja untuk persediaan PRU13 yang bersepadu dan menyeluruh serta praktikal yang berorientasikan hasil kerja dan realistik dengan mengambil kira tempoh yang ada sebelum PRU13 untuk; i. Menyediakan Petugas (Squad)
 
ii. Mengenalpasti kemahiran/ kepakaran ICT dan Media yang diperlukan (Squad)
 
iii. Mengukur kesediaan perkakasan, teknologi dan akses saluran komunikasi (Cyber) Penyebaran maklumat dan bahan-bahan PAS berkaitan PRU- 13 secara bersepadu;
 
i. Melalui kerjasama yang mantap antara LICT/JITP (penyedia teknologi) dan LPD (penyedia maklumat/bahan sebaran);
 
ii. Melakukan strategi penyampaian yang tersusun/ tersepadu dari Pusat kepada Negeri dan Kawasan secara formal dan terbuka (kaedah penerangan) serta tidak formal dan tertutup (kaedah saraf) – pelbagai format media (eg. teks, grafik, audio, video, multimedia); pelbagai saluran (eg. Internet,SMS, MMS, CD, DVD).
 
DR MOHD FADZLI HASSAN Exco Penerangan Pengurusan Maklumat Sains & Teknologi Kelantan 

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.