KUCHING 21 Nov. - Jabatan Agama Islam Sarawak diasak agar mengambill tindakan tegas dalam memastikan 5 peserta Muslim yang menyertai Pertandingan Ratu Cantik Borneo 2011 dibawa ke muka pengadilan.
Menurut Dewan Pemuda PAS Sarawak, ianya amat memalukan malah mengaibkan umat Islam Malaysia apabila wanita Muslim telah dibenarkan menyertai pertandingan yang telah dikaji bertentangan dengan hukum Agama.
“Mereka mendakwa bahawa diberi layanan yang baik oleh penganjur, ini bukanlah alasan untuk mereka ketepikan syariat Islam dalam menentukan pertandingan ratu cantik yang nyata mendedah aurat dan bercanggah dengan syarak.
Sessi kaunseling yang diadakan dari pihak Jabatan dengan mereka dilihat tidak mengubah pendirian kelima-lima peserta tersebut dan nekad untuk terus menyertai pertandingan itu.
“Kita juga tidak mahu Jais lesu dan lemah dalam menangani isu seperti ini. Dek kerana orang berlaku baik, kita sanggup gadaikan maruah agama kita? Kenapa pihak Jabatan tidak boleh bertindak dengan lebih tegas ke atas kes seperti ini?” kata Timbalan Ketua DPPNS, Ustaz Ahmad Solihin
NAK TANYA LA...KALO RATU CANTIK NI MENYALAHI DAN TAK MENEPATI HUKUM AGAMA ISLAM...BAGAIMANA PULA DENGAN SUKAN RENANG BERIRAMA YANG DISERTAI OLEH ATLEt2 MELAYU?....ADAKAH PAKAIAN...GAYA YANG DITUNJUKKAN ITU TIDAK MENYALAHI?...SEKURANG KURANGNYA RATU CANTIK BERJALAN DI ATAS PENTAS...TIDAK TERKANG-KANG KEPALA DI BAWAH KAKI DI ATAS PERMUKAAN AIR..HMMM...MUSYKIL LAH
ReplyDeleteitulah..bagaimana pulak dengan pertandingan bina badan lelaki cam Dato Malek Noor tuh...?
ReplyDeleteitulah masalahnya kalau agama itu digunakan pada sesetengah tempat sahaja, sedangkan Allah kata perlu diamalkan keseluruhan.. tak kira renang ke, ratu cantik ke, bini PM ke Bini tukang sapu ke.. selagi dia tu Islam perlu ikut arahan Allah.. no compromise
ReplyDeleteapa kata haramkan semua atlet,artis2 n para ratu cantik yg beragama Islam msuk prtndingn...kn...jbtn n kmnterian dh byk usha utk memelihara umatnya tp diri atau individu itu sndri yg nk sgt msuk prtndgn mcm nie,klw usha mcnapn n ssorg tu xnk brubah n ttp dgn pndriannya...xbjya jgk usha pihak2 trtntu...jgnlh kita tuduh mnuduh or slhkn sspa...just my sincere opinion..
ReplyDeleteapabila manusia sudah lupa tentang hukum halal haram, maka benda-benda maksiat mcm ni lah terjadi di negara kita, apabila soal agama letak di belakang, manakala nafsu pula di hadapan..
ReplyDelete