PROPAGANDA murahan dipalu bertalu-talu konon DAP adalah parti serpihan komunis. Segala provokasi jahat itu biasa didendang dalam media arus perdana termasuk televisyen bila menjelang pilihanraya.
Siapa tidak tahu, media arus perdana menjadi barua dan pak turut Umno dalam mengatur perang saraf terhadap Pakatan Rakyat (PR). Benda yang tidak berlaku cuba diada-adakan agar fikiran rakyat bawahan dapat dipesongkan dengan dakyah jahat mereka.
Namun siapa tahu, media jahat pro Umno yang sentiasa mengadu-domba rakyat dengan memburuk-buruk parti komponen PR telah tersilap langkah apabila melaporkan pemimpin DAP tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkaitan isu Bukit Kepong.
Namun siapa tahu, media jahat pro Umno yang sentiasa mengadu-domba rakyat dengan memburuk-buruk parti komponen PR telah tersilap langkah apabila melaporkan pemimpin DAP tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkaitan isu Bukit Kepong.
Dipetik dari Bernama, Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan meminta Mohamad Sabu menarik balik kenyataannya bahawa komunis dalam tragedi Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan sebenar.
“Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya,” kata Karpal Singh.
Karpal Singh turut berkata, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
“Saya bukannya anti PAS dan saya juga tidak anti Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini,” katanya.
Laporan media pro Umno itu dilihat cubaan pihak Umno mahu melaga-lagakan pemimpin PR dalam isu yang hangat diperkatakan itu. Dengan kata lain, dapat memisahkan parti-parti komponen dalam PR.
Namun apa yang mengejutkan, laporan itu dengan tidak sengaja telah menghuraikan tohmahan pemimpin Umno sebelum ini yang DAP merupakan serpihan komunis dan mahu membentuk negara komunis di negara ini.
Namun apa yang mengejutkan, laporan itu dengan tidak sengaja telah menghuraikan tohmahan pemimpin Umno sebelum ini yang DAP merupakan serpihan komunis dan mahu membentuk negara komunis di negara ini.
Dipetik dari blog Milo Suam, laporan itu telah membongkar segala putar-belit yang dicipta pemimpin Umno selama ini.
“Kata DAP itu komunis? Kalau DAP komunis, sepatutnya Karpal Singh sokong Mat Sabu bukan hentam Mat Sabu..kah kah kah.
“Bila Karpal Singh hentam Mat Sabu, ini tandanya DAP anti Komunis, dan terbukti propaganda DAP komunis adalah tidak benar!,” jelas penulis blog Milo Suam.
Milo Suam turut menjelaskan, sebelum ini media propaganda ‘United Malays No Otak’ (Umno) cuba mengaitkan perhimpunan aman BERSIH 2.0 dengan komunis. Kemudian, puak-puak Umno cuba kaitkan pula dengan Kristian. Padahal Komunis itu anti agama dan mereka sudah tentu tidak akan menyertai Kristian seperti yang dituduh Umno.
“Komunis itu anti agama, mana boleh join (sertai) dengan Kristian.
Dalam isu komunis, secara jelas laporan Bernama telah menidakkan tuduhan pemimpin Umno terhadap DAP sebelum ini, konon DAP adalah Komunis. Tapi kenapa Karpal Singh tidak setuju dengan Mat Sabu?
“Begitu juga dalam hal ini, selama ini sibuk kata DAP Komunis, tapi tiba-tiba (kata) DAP anti komunis pula,” terang penulis Milo Suam.
Lapor Milo Suam lagi, British juga menyebarkan propaganda kononnya Mat Indera adalah komunis supaya pegawai polis British yang menjaga rumah pasong British Bukit Kepong akan diangkat menjadi hero.
Sama juga isu Kristian, mereka mahu rakyat fikir DAP mahu sebarkan Kristian, tapi mereka lupa Lim Kit Siang agama Buddha, Karpal Singh pula agama Sikh.
0 comments:
Post a Comment