Pengarah Projek Majlis Memperingati 27 Pelajar Mangsa Kebakaran Pondok Pak Ya Kecewa Kegagalan Timb. Presiden PAS Untuk Hadir...


YAN 26 Sept. - Penganjur Majlis Memperingati 27 Pelajar Mangsa Kebakaran Pondok Pak Ya di Sekolah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah dekat sini, kecewa dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang gagal hadir pada majlis itu Khamis lepas.

Pengarah projek majlis berkenaan Zainon Ismail mendakwa pihaknya rugi kira-kira RM30,00 kerana kos persiapan majlis dan aktivitinya serta harga mencetak buku lebih 1,000 naskah, “Kisah Sedih 27 Puteri Rentung Dalam Tragedi Kebakaran 22 September” yang dijadual dijual kepada hadirin pada perasmian majlis itu.

Beliau juga amat merasa malu dengan tohmahan yang dilemparkan oleh hadirin kerana dimaklumkan Mat Sabu tidak dapat hadir pada majlis itu, katanya kepada Bernama.

Majlis berkenaan julung kali diadakan oleh Alumni Pondok Pak Ya bagi memperingati 27 mangsa yang terkorban dalam satu tragedi kebakaran di Pondok Pak Ya yang kini ditukar menjadi Sekolah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah pada 22 September 1989, di samping mengeratkan hubungan antara alumni dengan pelajar baru.

Dalam kejadian 2.30 pagi pada 22 September 1989 itu, lapan blok asrama perempuan di sekolah yang lebih dikenali Pondok Pak Ya di Padang Lumat rentung dan mengorbankan 27 pelajar manakala enam orang dapat menyelamatkan diri dalam keadaan melecur teruk dan cedera lain termasuk pinggang patah.


Antara mereka yang terlibat dengan penganjuran Majlis Memperingati 27 Syuhada

Katanya, beliau difahamkan Mat Sabu tidak dibenarkan hadir ke majlis itu tanpa alasan kukuh oleh Perhubungan Pas negeri dan kawasan. Perhubungan Pas negeri memberikan syarat bahawa pemimpin pusat parti itu perlu mendapatkan persetujuan daripada kepimpinan Pas kawasan terlebih dahulu sebelum hadir pada sesuatu majlis.

Bagaimanapun Mat Sabu tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara ini.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.