Hubungan Terlarang!!! Pondan Nie Anggap Pasangan Lelakinya Punyai Banyak Keistimewaan...

KANGAR – Hajat seorang pondan, Natasha yang mahu membawa diri bersama temannya, Mohd. Hafizuddin Johari, 20, yang menerima aib setelah disimbah asid ekoran cemburu dengan perhubungan mereka, nampaknya terpaksa ditangguhkan sementara.

Ini kerana, menurut jurujual tersebut yang berusia 28 tahun, rancangan mereka untuk menjalani kehidupan baharu di negeri lain tidak menjadi apabila Mohd. Hafizuddin ‘dirampas’ daripadanya oleh ahli keluarga pemuda itu kelmarin.

Katanya, Mohd. Hafizuddin telah dibawa pulang oleh bapa saudaranya ketika mereka berdua sedang menikmati minum petang di sebuah gerai makan di Padang Besar dekat sini.

“Kejadian tersebut berlaku dengan pantas, bapa saudara Hafizuddin bersama seorang lagi rakannya yang menaiki kereta telah menghampiri kami di gerai tersebut.

“Tanpa bercakap sepatah, tiba-tiba tangan Hafizuddin ditarik oleh bapa saudara mereka ke dalam kereta dan mereka meninggalkan saya,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Seri Bakau, di sini semalam.

Mengimbas kejadian tersebut, Natasha memberitahu, dia amat terkejut dan takut dengan insiden tersebut ekoran Mohd. Hafizuddin dibawa dengan paksaan oleh ahli keluarga tersebut.

“Kami telah merancang untuk teruskan hidup bersama dan Hafizuddin dengan rela hati ikut saya tetapi lain pula jadi hubungan kami mendapat tentangan keluarganya,” ujarnya.

Sehingga kini jelasnya, dia masih gagal menghubungi temannya itu dan situasi tersebut menyebabkan hatinya tidak tenteram.

Tambahnya, dia akui hubungannya itu mendapat tentangan keluarga Hafizuddin dan ramai pihak namun jurujual tersebut meneruskannya ekoran pemuda itu banyak keistimewaannya.

kosmo/-

4 comments:

  1. Salam Aidilfitri ..... menghalang dari mula adalah lebih baik dari mengubati bila telah berlaku

    ReplyDelete
  2. Peristiwa berlaku di Perlis yang bermazhab lain dari negeri-negeri lain. Muftinya pula orang wahabi. Bekas muftinya pun berpegang pada kebenasan akidah. Jiran Perlis pula negeri PAS. PAS pula sekarang juga berpegang pada kebebasan berakidah. Jadi, apa yang nak dibebelkan pasal hidup bersama dengan pondan ?

    ReplyDelete
  3. maybe ada yg marah sebab tak restu, tht y kejadian simbah asid berlaku...

    jom singgah sini
    ady budika BW blog tett tett

    ReplyDelete
  4. blog paling misteri, kerana tk ada tarikh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.