Blog-blog pro kerajaan hari ini telah mendedahkan mengenai satu video klip yang mereka dakwa sebagai rakaman seorang Pegawai Kastam bersama pelacur yang disyaki warga Russia atau Uzbekistan.
Blog The Unspinner, House PK dan juga PapaGomo dipercayai antara yang terawal memuatkan link video berkenaan.
Rakaman yang berdurasi selama 5 minit dan 21 saat itu dipercayai dirakam menggunakan cctv yang dipasang didalam bilik berkenaan. Tarikh di rakaman itu menunjukkan ianya dibuat pada 31 Mac 2011 manakala kes kematian seorang pegawai Kastam pula ialah pada bulan April tahun yang sama..
Mereka mempersoalkan, apakah ini ada kaitannya dengan kes kematian mengejut seorang pegawai Kastam di SPRM dimana keputusan inkuesnya akan diketahui hari ini?
Sudah pasti dengan pendedahan oleh blog pro kerajaan ini akan sedikit sebanyak menjatuhkan imej Kastam di dalam negara.
0 comments:
Post a Comment