Panazz!!!! Video : Kisah Sedih Pertunangan Ally Iskandar Hanya Separuh Jalan... Ally Kembali Single...

Cerita mengenai putus tunang Ally Iskandar telah heboh sejak beberapa minggu lepas, Kini pengesahan berita ini telah dibuat oleh Ally sendiri. Ally telah bertunang pada Februari lalu dan kini kisah putus tunangnya sedang hangat di media hiburan kita. Ally iskandar sudahpun mengesahkan yang beliau telah memutuskan pertunangannya dengan Nur Aishah berikutan tiada keserasian diantara mereka.

“Saya harap, tiada spekulasi atau pandangan buruk yang berlaku kerana saya dapat tahu, ada orang menganggap saya sengaja mahu mengikut jejak Fahmi untuk memutuskan pertunangan ini, Kami telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan, Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan memutuskan pertunangan dibuat secara baik,”

Tegas Ally juga mereka berdua masih bertegur dan berkawan baik seperti biasa, Ally akan meneruskan tugasnya seperti biasa dan cuba melupakan hal peribadinya itu. Walaupun kejadian itu memberi satu impak besar buat diri Ally kerana sangkaannya untuk membina rumahtangga semasa usia semakin ke senja itu meleset sama sekali.


Diharapkan Ally bersabar dengan ujian yang menimpanya, kepada peminat diluar sana yang mahu jadi teman hidup Ally, peluang dibuka sekarang!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.