Lusa Kakitangan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Seronok Tak Sangga Dapat Bonus Raya Dan Gaji Terima Sekali... Aku Sekadar Perati Sahaja....


ALOR SETAR – Kakitangan kerajaan negeri turut mendapat pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan kadar minima RM500. Demikian kenyataan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam kenyataannya kepada media.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengikut langkah yang diambil oleh kerajaan pusat dalam pemberian bonus itu selain turut memberikan bonus setengah bulan gaji kepada semua anggota dewan undangan negeri (Adun) di Kedah.


"Kita akan bayar pada 18 Ogos nanti bersama gaji bulan ini, keseluruhannya berjumlah lebih RM5 juta," katanya yang dipetik dari Bernama.


Sementara itu, beliau yang masih menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) semakin beransur pulih dan akan dibenarkan pulang tidak beberapa lama lagi.


"Saya dah baik tapi masih berehat, sekarang dah banyak perubahan. InsyaAllah, minggu depan saya boleh balik Alor Setar," katanya.

1 comments:

  1. Syabas YB Dato' Seri Ustaz mudah2an lekas sembuh. kami mendoakankan kesejahteraan buat pemimpin yg baik seperti YB Ustaz... semoga Allah merahmati Ustaz sekeluarga dan seluruh rakyat kedah. AMIN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.