Dakwaan Kononnya Tidak Tunai Janji Oleh Kerajaan Negeri Tidak Benar Sama Sekali - Umno Mahu Jadi Hero Penduduk Kampung...

images/stories/270690_128636920557512_100002336139244_215518_6120728_n1.jpgALOR SETAR – Dakwaan kononnya kerajaan negeri tidak menunaikan janji dengan tidak memungut buah rambutan penduduk adalah tidak benar.


Ini kerana Pusat Pengetinan Buah di Sungai Petani memerlukan 600 kilogram hingga satu tan buah rambutan untuk ditinkan dan seterusnya dipasarkan.

Pengarah Urusan Pusat Pengetinan Buah, Ir Zamri Yusof berkata, sejak kilang itu mula beroperasi pada 17 Julai 2011, masalah yang mereka alami adalah kekurangan buah untuk ditinkan.

“Kita ambil buah hari-hari, satu hari boleh proses 600 kilogram buah rambutan untuk ditinkan.

“Sejak mula operasi, jadi masalahnya buah tak cukup, masalah paling besar bagi orang kampung (beri alasan) tak ada orang nak kait buah tersebut,” jelas beliau ketika dihubungi bagi mengulas keluhan pemilik dusun daerah Padang Terap yang rugi dengan lambakan rambutan akibat daripada kerajaan negeri tidak memungut buah tersebut.

Tambah beliau, pihak kilang telah membuat tawaran kepada penduduk kampung bagi membeli buah rambutan jenis deli, anak sekolah ataupun gading dengan harga RM0.70 sekilogram.

Seperti yang telah dinyatakan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, penduduk tidak perlu menunggu kerajaan negeri untuk membeli buah mereka, jika ada peraih yang menawarkannya dengan harga yang lebih tinggi, mereka boleh jual.

Kerajaan negeri hanya membeli lebihan buah yang gagal dijual bagi mengatasi masalah lambakan yang dialami oleh penduduk.

“Penduduk di daerah Padang Terap juga kita telah beri tawaran untuk mereka jual buah rambutan kepada kita.

“Kita juga menawarkan buah rambutan jenis lain dengan harga RM0.50 sekilogram harga di ladang.

images/stories/270442_128633420557862_100002336139244_215515_279054_n1.jpg“Jika penduduk setuju, mereka boleh berurusan dengan pihak kilang, begitu juga dengan Pusat Pengumpulan Produk Pertanian Lembah Jerai, kita akan pergi kutip buah yang telah dikait.

“Maka, di sini tidak timbul kerajaan negeri tidak memungut buah penduduk, kita boleh kutip di detiap kampung bagi memenuhi keperluan pemprosesan,” jelas beliau.

Kepada pemilik dusun yang ingin bekerjasama dengan kerajaan negeri, mereka boleh menghubungi Pengurus Pemasaran Kedah Agro Holdings Berhad, Tarmizi di talian 012-5990486 ataupun hantar pesanan ringkas di hotline Kedah Agro, 013-4945000.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.