Seorang warganegara baru Mismah - yang mencetuskan kegemparan apabila dikatakan mendapat kerakyatan dalam tempoh empat jam - akhirnya ditemui media.
Beliau juga sekali gus tampil menafikan dakwaan mendapat kerakyatan mudah yang dikaitkan dengan dirinya, terutama oleh pihak pembangkang.
"Saya ikut peraturan, bukan macam orang cakap," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian hari ini.
Wanita asal Bawaen, Indonesia yang mulanya keberatan ditemubual juga mengakui sedih dengan dakwaan 'kerakyatan pintu belakang' itu.
Nama Mismah menjadi perhatian apabila rekod dalam talian pada 2 Ogos lalu menunjukkannya seorang penduduk tetapi disenaraikan dalam daftar pemilih untuk pilihan raya.
Lebih banyak kontroversi muncul apabila selepas empat jam dilaporkan Malaysiakini, status baru ibu kepada empat anak itu bertukar daripada kad pengenalan merah (penduduk tetap) kepada biru (warganegara).
Tiba 1882, penduduk tetap 1982
Beliau juga dikatakan seorang daripada 1,597 individu yang diberi status itu secara tidak mengikut prosedur.
"Tidak, Itu semua tak betul. Sudah bertahun-tahun saya mohon jadi warganegara Malaysia, bukan empat jam, bukan empat hari, bukan empat minggu," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sebuah lokasi pinggir ibu negara.
Mismah juga mengakui tidak sedar namanya menjadi sebutan atau menjadi buruan media sehinggalah diberitahu anaknya beberapa hari lalu.
Mengimbau kisah hidupnya hampir 30 tahun lalu, Mismah - yang digambarkan sebagai ceria, bersuara lembut dan tenang - berkata, beliau masuk dengan sah ke Malaysia pada 1982 untuk bekerja sebagai pengangkut simen.
Beliau ketika itu menetap di rumah neneknya di Keramat, Kuala Lumpur dan berpindah ke setinggan Kayu Ara di Petaling Jaya selepas berkahwin dua bulan selepas itu.
Beliau terus memohon status penduduk tetap dan mengejutkan apabila berjaya mendapatkannya pada 17 Julai tahun yang sama.
Dengan kata lain, Mismah mendapat status itu dalam tempoh beberapa bulan sahaja.
"Pada masa itu prosesnya mudah, tak macam sekarang," katanya dengan loghat tempatan, sesuai dengan taraf barunya itu.
Ibu, 4 anak juga warganegara
Bagaimanapun, pengalamannya mendapat kewarnageraan penuh pula menunjukkan pengalaman berbeza apabila terpaksa menunggu 17 tahun - 12 tahun berurusan di Petaling Jaya dan selebihnya di Putrajaya.
Dilaporkan, mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), permohonan Mismah diluluskan pada 31 Januari tahun ini selepas 29 tahun menjadi penduduk tetap.
Mismah, empat anaknya dan - dua lelaki dan dua perempuan - termasuk ibunya yang sudah berumur 70 tahun juga merupakan pemegang kad pengenalan biru.
Tiga anaknya kini merupakan penjawat awam manakala seorang lagi baru tamat belajar.
Beliau kini bekerja sebagai tukang sapu di pejabat sebuah syarikat jualan langsung dan dikatakan seorang penjimat sehingga memiliki sebuah rumah teres.
Mismah ditemui dua wartawan Sinar Harian. Akhbar berita tempatan berbahasa Melayu itu dikatakan sudah seminggu cuba menjejak wanita itu tetapi hanya menemuinya selepas dibantu maklumat daripada seorang pembaca.
Bagaimanapun, gambar Mismah yang disiarkan sengaja dikaburkan di bahagian mukanya manakala suaminya pula hanya diperkenalkan dengan nama Musadi (bukan nama sebenar).
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan1 week ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ▼ 2011 (1330)
0 comments:
Post a Comment