Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kereta yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap oleh beberapa batang pokok yang tumbang.
Musa Bulat, 68, menggaru kepala ketika melihat van yang di bawanya untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan anaknya Mohd Ibnu Sofian di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.
Dia yang datang bersama 11 lagi ahli keluarganya terpaksa menunggu adiknya yang akan datang dari kampong di Kampong Paya, Pulai, Johor untuk membawa mereka pulang kerana van yang mereka naiki itu rosak teruk.
Sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.
Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap beberapa batang pokok yang tumbang.
Kredit : Bernama
Ada yang tak kena nampaknya, bala datang tiba2.Bila ada orang besar datang berlaku bala begini ada yang tak betul.
ReplyDeleteribut mengikut najib... 1 hari sebelum najib lawat perlis, ribut juga melanda jam 2 pagi... tapi tak seteruk ni la...
ReplyDeleteApa dah jadi dengan janji PM Najib nak jadikan PD bandar tentera masa pilihanraya kecil Bagan Pinang dulu tu?
ReplyDeletexde msuk berita ke ek?aku pon ada time ni..takot sgt..tp semua berkumpul kat kasjid time tu..ALLAH je taw mcm mne takotnye..ALHAMDULILLAH semua ok..kereta pon selamat..
ReplyDeleteSalam. Untuk pengetahuan, sejak berpuluh-puluh tahun padang kawad PUSASDA tu belum pernah menerima anggota PDRM berkawad di atasnya sebelum ni. Padang kawad dalam tentera adalah antara tempat yang perlu dihormati. Pada tarikh itu, pertama kali PDRM masuk berkawad di atas padang kawad tu. Mungkin tidak direstui? Wallahu'alam.
ReplyDelete