Terlibat Himpunan BERSIH 2.0 : Pelajar Universiti Telah Dibuang, Pelajar Universiti Luar Negara...

Baru sebentar tadi saya mendapat pengkhabaran dari bumi Fir'aun mengenai mereka yang terlibat dengan BERSIH 2.0 di sana. Presiden SUARA, Ustaz Firdaus Madzlan yang juga pelajar di Darul Ifta', Mesir di kenakan tindakan di buang dari pusat pengajian tersebut setelah pihak Darul Ifta' mendapat arahan dari pihak Kerajaan Malaysia.

Peristiwa ini adalah suatu perkara yang di luar jangkaan dan di sifatkan sebagai 'kejam' dan tidak 'bertamadun' oleh sahabat-sahabat yang belajar di Mesir melalui pengamatan di wall Face Book masing-masing.

Malah ada di kalangan mereka menyifatkan ia adalah suatu 'kejayaan' yang amat bermakna yang memberi signal ketakutan kerajaan Malaysia terhadap suara mahasiswa dari Timur Tengah, khususnya Mesir.
Bravo Alang!!

Laporan Sebelumnya

KUALA TERENGGANU: Pelajar Terengganu adalah antara hampir 300 pelajar Malaysia di Mesir yang dikesan berhimpun di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, untuk menyatakan sokongan padu terhadap perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Kebanyakan pelajar Malaysia itu mengenakan pakaian kuning dan ada juga mengenakan pakaian tema baju BERSIH 2.0 dan menandatangani pada sepanduk yang telah disediakan di dataran berkenaan.

Ada sebilangan pelajar juga bergambar sambil memegang bendera negeri dan aksi pelajar berkenaan dipaparkan dalam laman sosial Facebook.

Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Aziz Mamat, ketika dihubungi berkata, pada masa ini beliau masih menunggu laporan lengkap daripada Pegawai Tadbir Asrama Darul Iman di Mesir dan Jabatan Penuntut Malaysia.

"YT memandang berat tindakan kumpulan pelajar berkenaan dan berjanji akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu sebelum memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil," katanya.

Katanya, jika didapati ada pelajar tajaannya terlibat dalam perhimpunan haram itu, mereka akan diberi surat tunjuk sebab dan jika pentadbir YT tidak berpuas hati, kemudahan tajaan termasuk pinjaman mereka akan ditamatkan.

Beliau berkata, kini terdapat 235 pelajar Terengganu sedang menuntut di beberapa buah universiti di Mesir dalam jurusan pengajian Islam dan perubatan.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) Razali Idris ketika dihubungi menggesa kerajaan negeri segera menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

Katanya, tindakan sewajarnya perlu dikenakan kepada pelajar yang terlibat kerana ia telah memalukan negara dan juga negeri asal pelajar, yang secara terang-terangan menentang kerajaan.

"Kalau betul mereka ini ditaja kerajaan termasuk Yayasan Terengganu, mereka tidak sepatutnya menyertai perhimpunan itu.

"Saya kesal kerana sebelum ini pelajar kita di Mesir mendapat pembelaan sepenuhnya dari kerajaan ketika negara itu dilanda pergolakan politik anti kerajaan pimpinan Preesiden Hosni Mubarak," katanya.

- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.