Kerajaan Kedah pimpinan PAS mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu menghentikan operasinya pada Ramadhan ini.
Menurut harian berbahasa Cina Guang Ming, kerajaan negeri mengeluarkan arahan bertulis kepada semua pejabat daerah memaklumkan perkara itu.
MCA dilaporkan menyelar tindakan itu yang didakwanya sebagai perlanggaran hak asasi manusia dan hak dalam perlembagaan terhadap bukan Islam.
Ketua biro profesional muda MCA Chua Tee Yong berkata, pengharaman itu melibatkan 13 jenis pusat hiburan, termasuk panggung wayang, pusat snuker dan permainan video, karaoke, bowling dan pub.
Bagaimanapun, The Star, memetik Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kiri) sebagai berkata, kafe siber, bowling dan pusat snuker tidak termasuk dalam larangan itu.
Azizan juga dilaporkan berkata, persembahan langsung penyanyi di bar, hotel, restoran, kedai makan dan tempat yang mudah diakses oleh orang awam tidak dibenarkan.
Dilaporkan semua kedai makan Cina yang menyediakan makanan untuk pelanggan antarabangsa dibenarkan beroperasi seprti biasa, termasuk restoran makanan segera seperti KFC, McDonald dan Pizza Hut.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan10 hours ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
-
▼
2011
(1330)
-
▼
July
(139)
-
▼
Jul 13
(6)
- MBku Bikin Gempar Lagi.... Semua Pusat Hiburan Di ...
- Cerita Seorang Paderi Yang Turut Serta Menyertai B...
- Bicara DS Anwar Ibrahim Ditetapkan 8 - 26 Ogos Dep...
- Seekor Anak Babi, Biawak dan Itik hitam Memaksa Pe...
- Pentadbiran Najib Dipersalahkan Atas Momentum Raky...
- Penyanyi Popular Mawi Bakal Perolehi Cahayamata Se...
-
▼
Jul 13
(6)
-
▼
July
(139)
0 comments:
Post a Comment