Inkues Kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia Allahyarham Ahmad Sarbaini Bermula Hari Ini


KUALA LUMPUR, 4 Julai — Sejak dua tahun lalu, kes kematian Teoh Beng Hock menjadi bahan perbualan ramai dan kini punca kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed yang meninggal dunia semasa berada di premis SPRM akan diketahui dalam inkues yang bermula hari ini.

Inkues ini dijadual akan berlangsung sehingga 15 Julai. Dan, jika diperlukan kemungkinan dilanjutkan tempoh sebagaimana disaksikan dalam beberapa inkues sebelum ini.
Selepas Suruhanjaya Diraja Siasatan menyiasat punca kematian Teoh, bekas setiausaha politik pemimpin DAP selesai, semua mata tertumpu kepada inkues Sarbaini.

Laporan Suruhanjaya Diraja Siasatan sudah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong dan kini dinantikan sama ada ia akan didedahkan kepada orang ramai ataupun sebaliknya.

Dua kematian dalam tempoh dua tahun ini telah menjadi ujian kepada imej dan kredibiliti SPRM yang dinaik taraf sebagai sebuah suruhanjaya tiga tahun lalu.

Teoh, 30, setiausaha politik Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.