‘Orang Kuat’ MCA Pulangkan Kembali Sumbangan Kerajaan Negeri Kepada SKJK (C) Sin Min... Mengapa?

ALOR SETAR, 23 Mei: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kedah merasa kesal di atas tindakan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Min, Sungai Petani yang memulangkan kembali sumbangan kerajaan negeri untuk menjelaskan tunggakan bil elektrik sekolah itu.

Pengerusi DHPP, Tan Weng Fatt berkata, Kerajaan Negeri sudah menjelaskan tunggakan bil elektrik sebanyak RM200 ribu bagi membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh 42 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negeri ini.

“Sekolah itu (Sin Min) merasa tidak puas hati kerana Kerajaan Negeri Kedah hanya membayar tunggakan bil elektrik sebanyak RM1,933.95 sahaja dan Kerajaan Negeri juga dikatakan tidak serius dalam hal ini, sedangkan jumlah tersebut adalah tunggakan sebenar berdasarkan rekod TNB,” ujarnya.

Menurut Tan, Kerajaan Negeri berjanji untuk menjelaskan bil tertunggak dan perkara tersebut telah ditunaikan. Bagaimanapun, katanya, Pengerusi Pengelola Sekolah Sin Min yang merupakan ‘orang kuat’ MCA mahu kerajaan menjelaskan kembali bayaran yang telah dibuat oleh pihak sekolah sebelum itu. “Itu bukan tunggakan, sebab mereka sudah jelaskan!” tegas Tan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, di sini.

Tan menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri telah telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM200 ribu melalui Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah-Sekolah Cina Negeri Kedah untuk menjelaskan bil elektrik tertunggak di semua sekolah kelolaan mereka yang menerima bantuan modal.

Katanya, jumlah RM200 ribu itu diberikan berdasarkan rekod TNB kesemua tunggakan melibatkan 42 buah sekolah tersebut ialah sebanyak RM199,700.00.

“Sekiranya sekolah berkenaan ingin memulangkan kembali wang tunggakan bil elektrik sebanyak RM1,933.95 yang sudah dijelaskan itu kepada Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah-Sekolah Cina Negeri Kedah atau kepada Kerajaan Negeri, mereka perlulah menulis surat terlebih dahulu,” jelasnya.

DHPP, katanya, merasa pelik kerana daripada 42 buah sekolah yang menerima sumbangan hanya sekolah tersebut sahaja yang ‘buat kecoh’. “Jelas kerana pengerusinya anggota pembangkang (MCA) maka mereka hanya memikirkan kepentingan politik dari kepentingan pendidikan,” ujarnya.

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.