|
UNTUNGNYA jadi Rozita Che Wan. Dahlah cantik jelita, popular pula tu. Lelaki manalah yang tak berebut-rebut nakkan dia. Betul tak?
Khabar terbaru yang Joyah terima, Rozita telah selamat dirisik. Hah! Siapa yang datang merisik? Melepaslah kaum lelaki yang dok menaruh hati kat Rozita tu.
Tapi biar Joyah terus-terang, Rozita bukanlah dirisik oleh mana-mana lelaki yang spesies buaya darat atau pun miang semacam.
Rupanya Rozita selamat dirisik oleh satu jenama terkenal, Safi Rania Gold untuk dijadikan duta terbaru produk mereka. Kalau tak silap Joyah, majlis pengumuman ibu tunggal itu sebagai duta produk akan berlangsung pada Rabu petang ini di sebuah hotel ternama di ibu kota.
Apa yang buat Joyah terkedu apabila bercakap bab bayaran. Dengar cerita, Safi Rania Gold membayar ratusan ribu kepada Rozita.
Bayaran itu kerana menggunakan khidmat Rozita sebagai duta produk selama setahun. Kalau Joyah jadi Rozita, banyak benda yang Joyah boleh buat dengan duit ratusan ribu itu.
Tapi apakan daya, Joyah tidaklah secantik dan popular Rozita. Tapi macam biasalah. Bila ditanya kepada yang empunya diri, ada saja yang dielaknya. Jawab Rozita penuh manja, syukur alhamdulillah kerana rezeki anak-anak.
Apa pun, Rozita telah berjaya mengangkat darjat golongan artis tempatan yang sering dikaitkan dengan pandangan negatif.
Semoga gandingan Rozita dan Safi Rania Gold bakal memberikan hasil yang lebih berseri-seri lagi kepada semua pihak selepas ini.
0 comments:
Post a Comment