Naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi menafikan parti itu dan BN terbabit dengan dakwaan video seks meskipun kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre menunjukkan ada rakyat mempercayai mereka adalah dalang di sebaliknya.
Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri menafikan kementeriannya atau pihak berkuasa (polis) berperanan dalam isu tersebut.
"Saya boleh kata dengan jelas BN atau kementerian tidak terbabit dengan ini tidak kira apa persepsinya.
"Biarkan polis menyiasat perkara itu dan serahkan hasil siasatan kepada peguam negara,” katanya.
Hishammuddin kemudiannya bertanya bagaimana pihaknya boleh didakwa terbabit kerana bukan mereka di sebalik rakaman dan juga tayangan video seks itu.
Beliau juga memberi jaminan pihak berkuasa adalah telus dalam siasatan berhubung isu itu.
Setakat ini, 'Datuk T', iatu kumpulan bertiga - ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, yang juga pengerusi Risda bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim telah tampil mengaku bertanggungjawab.
Rahim, adalah bekas ketua pemuda Umno manakala Shuib pula adalah bekas ahli parlimen dan senator ketika menganggotai Umno.
Menurut kajian Merdeka Centre, majoriti rakyat Malaysia percaya Umno dan BN adalah dalang di sebalik skandal itu dengan 39 peratus mempersalahkan Umno dan BN, manakala 38 peratus pula berkata mereka tidak tahu.
Dalam kajian yang dijalankan melalui panggilan telefon, hanya 18 peratus percaya bahawa BN atau Umno tidak terbabit.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan3 days ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ▼ 2011 (1330)
0 comments:
Post a Comment