Pasai Apa La Banyak Sangat Orang Cemburui Kat MB Kedah Nie? Kegemparan Habat Berlaku Di Kedah Sekarang Nie....


ALOR SETAR – Sehingga penutupan akaun 31 Disember 2010, jumlah Simpanan Tetap Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM268 juta.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan berkata, berdasarkan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri, jumlah ini adalah merupakan jumlah yang tertinggi sejak tahun 1998.

“Jumlah Simpanan Tetap Kerajaan Negeri bagi tahun 1998 adalah RM12 juta. Manakala tahun 1999 tiada simpanan tetap direkodkan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Negeri,” ujar beliau.

Maklumat ini dijelaskan kepada pertanyaan bertulis yang dikemukan oleh ADUN Pedu, YB Dato’ Seri Mahawangsa Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid yang ingin mengetahui jumlah Simpanan Tetap Kerajaan Negeri.

Beliau turut bertanyakan mengenai hutang kerajaan negeri kepada Kulim Hi-Tech Park (KHTP), syarikat air Teleworks Sdn Bhd, Syarikat Air Utara Indah dan Syarikat Air Darul Aman (SADA).

“Jumlah yang patut dilangsaikan kepada KHTP adalah RM40 juta dan Teleworks RM42 juta.

“Tiada hutang yang perlu dilangsaikan kepada Syarikat Air Utara Indah. Manakala SADA masih terhutang kepada kerajaan negeri sebanyak RM12.8 juta setelah diambil kira bayaran yang didahulukan oleh kerajaan negeri bagi bayaran pukal untuk Januari hingga April 2010,” jelas beliau.

Setelah ditolak kesemua hutang-hutang di atas, baki Simpanan Tetap Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM186 juta.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.