Laporan Langsung PRN Sarawak - Terkini Hingga Jam 11.00 Pagi: Peratusan Keluar Mengundi Meningkat... BN Bakal Tumbang?

Pengundi sedang berbaris di UPU Kg Pelandok

Pondok panas di UPU Kg. Pelandok Laut

LAPORAN LANGSUNG

10.48am: Dudong (Sibu) - Calon DAP bagi kerusi Dudong Yap Hoi Liong mengundi di SK Bandaran Sibu No 2.

Bila ditanya siapa yang dia undi, secara berseloroh Yap berkata, "Undi saya adalah rahsia, anda pun tahu. Dengan bertanya demikian, anda sudah melakukan kesalahan pilihan raya."

Beberapa pengundi memakai baju merah sebagai tanda sokongan kepada DAP.

Ketika hendak keluar, Yap terserempak dengan pencabarnya dari SUPP, Tiong Thai King, yang ahli parlimen Lanang.

Ketika ditemui, Tiong enggan bercakap dengan pemberitaMalaysiakini.

10.40pm: Satok (Kuching) - Di Satok, kerusi yang ditandingi pemimpin PBB Datuk Abang Johari Abang Openg, menentang muka baru dari PKR, Ahmad Nazib Johari, seorang pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Rowena berkata:

"Saya rasa ia baiknya jika ada beberapa wakil rakyat pembangkang, jika tidak kerajaan akan buat apa saja yang mereka mahu.

"Nazib mempunyai idea-idea baru tetapi jika dia menang, dia tidak ada dana untuk membangunkan Satok, jadi undi adalah untuk Abang Johari," katanya.

Katanya, dia juga bimbang untuk mengundi Pakatan kerana dia takut tanah asal di Satok akan diambil seperti yang berlaku di Kampung Buah Pala di Pulau Pinang.

"Bagaimanapun, jika kita asyik menukar kerajaan, maka kita tidak ada kesinambungan. Sarawak membangun dengan baik, dan saya tidak rasa pembangkang boleh lakukan yang lebih baik," katanya selepas mengundi di SK Merpati Jepang.

Yang lainnya, ketika ditemui, berkata mereka tidak ada persaingan bagi kerusi tersebut.

"Kami sudah tahu siapa yang akan menang," seorang seorang daripadanya, tetapi enggan mengulas lanjut.

10.05am: Sibu - Ketika proses pengundian berjalan lancar, banyak jalan utama di sekitar bandar Sibu mulai sesak dengan kenderaan.

Tetapi ketika pusat pengundian di Bawang Assan sibuk dengan kehadiran ramai pengundi, keadaan pusat pengundian di Dudong diSMK Chung Hua agak sunyi dengan hanya calon DAP Yap Hoi Liongkelihatan merayu undi.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba tidak lama kemudian di pusat pengundian tersebut.

Bila meminta mengenai peluangnya, Yap kata "50-50". Semuanyabergantung kepada peratusan yang mengundi," katanya kepadaMalaysiakini.

Di sini, Yap berdepan dengan orang kuat SUPP dan saudara kepadahartawan Rimbunan Hijau, Tiong Raja King, dalam perlawanan satu lawan satu.

Dengan majoriti pengundi Iban di sini dan strategik BN yang berkempen dari rumah ke rumah, maka DAP berdepan dengan tugas berat di kerusi tersebut.

10.02am: Saribas (dekat Kuching) - Seorang anggota polis dan pegawai SPR yang enggan dinamakan, menjelaskan bahawa pusatoperasi BN yang terletak bertentangan dengan pusat mengundi di SKDatuk Bandar Debak, yang membantu pengundi memeriksa butiran diri mere, bukan satu kesalahan kerana ia di luar lingkungan jarak 50 meter.

"Ia juga bukan satu 'pondok panas' kerana mereka mempunyai premismereka sendiri," kata anggota polis tersebut.

Pusat operasi ialah dewan orang ramai. Ia juga menyediakan minuman percuma kepada semua pengundi yang datang memeriksabutiran diri mereka di sana.

Bagaimanapun, tukang kempen PKR pula mendakwa pusat operasi itu mengeluarkan keratan kertas yang tertera logo BN kepada pengundiuntuk dibawa masuk ke pusat pengundian, yang menurut mereka adalah dilarang.

10.01am: Satok (Kuching): Seorang lelaki naik angin selepas diberitahu yang dia datang ke pusat pengundian yang salah.

Seorang lagi lelaki bertanya kepada ejen pengundian, ketika menyerahkan kad pengenalannya: "Ada cip pada kad pengenalan, jadi kenapa tak imbas saja, daripada membuatnya secara manual?"

9.55am: Melalui Twitter rasminya, PKR menggesa semua ejen pengundian supaya memprotes terhadap pengundi yang memegang kad pengenalan hijau kerana mereka adalah pemastautin tetap yangtidak mempunyai hak untuk mengundi.

9.54am: Pending (Kuching) - Pasukan kempen Dr Sim Kui Hian dilihat sedang berusaha untuk mendapat undi simpati pada saat-saat akhir, berdasarkan kemunculan mendadak poster-poster kecil"Save Kui Hian" di sekitar DUN tersebut.

9.50am: Bawang Assan (Sibu) - Penyandang kerusi Bawang Assan, Wong Soon Koh mengundi di sini.

NONEBila ditanya oleh wartawan mengenai peluangnya kali ini, Wong
berkata beliau yakin dapat menewaskan pencabarnya, Alice Lau.

Peratusan keluar mengundi di pusat tersebut adalah menggalakkan, dengan majoritinya golongan warga emas.

Tiong King Sing, 85, yang hampir tidak boleh berjalan dan rabun mata, berkeras untuk datang mengundi.

"Saya memenuhi tanggungjawab saya sebagai warganegara yang bertanggungjawab," katanya.

Disebabkan keadaannya itu, pegawai SPR membenarkan anak saudaranya, memandu membawa Tiong ke dalam perkarangan sekolah.

NONE9.45am: Miri - BN memasang papan iklan pada saat-saat akhir di
seluruh bandar lewat malam tadi, menggesa pengundi supaya "mengekalkan timbalan ketua menteri di ".

Mereka merujuk kepada Tan Sri Dr George Chan, yang mempertahankan kerusinya di Piasau untuk penggal kelapan.

9.39am: Beting Maro - PAS yakin mampu memenangi kerui Beting Maro, kata exco pertanian Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi.

"Kini pengundi di Beting Maro tidak boleh lagi dibeli," katanya kepadaMalaysiakini ketika ditemui di sebuah pasar di sebelah SK Pusa.

beting maro votingPusa adalah daerah pengundian kedua terbesar dengan lebih 2,600 pengundi selepas Beladin.

Keyakinannya itu disokong dengan kekurangan usaha tukang kempen PBB tukang kempen, yang tidak seorang pun kelihatan di pusat pengundian. Kain rentang PAS memenuhi kawasan tersebut.

Sementara itu, ketua cawangan PBB di situ memberitahu Malaysiakinibuat pertama kalinya, BN mungkin kehilangan Beting Maro.

"Saya rasa PAS akan menang besar. Setiap orang mahukan perubahan. Tidak banyak yang dapat saya lakukan (untuk mengubahnya)," katanya sambil menyuarakan rasa kecewa dengan pemilihan calon BN untuk kerusi tersebut.


NONE9.27 am: Bawang Assan (Sibu) - Orang kuat SUPP Wong Soon Koh (berbaju biru) tiba di pusat pengundian SJK Chung Hua bersama isterinya, Pauline Leong, untuk mengundi.

Wong dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertemu dan
berbual sebentar dekat pintu masuk utama sekolah tersebut.

"Jika anda datang ke Pulau Pinang, saya belanja awak kuey teow gorang," kata Lim. Wong tersenyum sambil berjabat tangan ketua menteri Pulau Pinang itu.

9.26am: Satok (Kuching) - Calon PKR Satok Ahmad Nazib (bawah)
kelihatan sedikit gugup tetapi kemudian tersenyum lebar ketika ditemui wartawan.

NONE"Saya boleh nampak banyak kegembiraan pada hari pengundian ini. Tiga puluh tahun sudah cukup untuk seorang memerintah," katanya.

Seorang lagi pengundi Muhammad, 35, berkata KM Taib Mahmud di fikirannya ketika dia membuang undi.

"Memang benar kami mahukan perubahan," katanya ketika ditemui.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.