Inilah Wajah Juruterbang Helikopter Yang Membawa Rombongan TPM Terhempas Di Sibu Meninggal Dunia - Al Fatihah


Allahyarham Kapten Sahimi Razali


SIBU 11 April – Seorang juruterbang yang cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari meninggal dunia pada pukul 8.36 malam tadi.

Insiden itu berlaku sebaik sahaja mangsa menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Juruterbang, Kapten Sahimi Razali, 38, mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut melawat Sahimi yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu kira-kira pukul 4 petang.

Muhyiddin yang menghabiskan kira-kira 15 minit di luar dewan pembedahan turut menyaksikan proses pembedahan yang dijalankan.

2 comments:

  1. Al-Fatihah......buat Allahyarham Kapten Sahimi Razali

    ReplyDelete
  2. al-fatuhah utk rakan seperjuanganku...semuga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.