BN Makin Terdesak - Presidennya Sendiri Makin Bercelaru Suruh PAS Tinggalkan Pakatan Rakyat, Kenapa???

Buletin 1.30 tgh hari melaporkan bahawa, datuk sri najib tun razak yang kini sedang berada di terengganu, kembali menghantar "jemputan" kepada PAS utk menyertai kerajaan perpaduan di bawah umno-bn.


Signifikannya, jemputan ini didendangkan kembali ketika mana beliau sedang berusaha utk menyelesaikan kemelut umno terengganu yang kembali hangat baru-baru ini, disamping terdapatnya kabar yang semakin kuat bertiup bahawa PAS sudah mula mendapat kembali tempat dalam hati rakyat terengganu itu sendiri. pelik bin ajaib.


Selepas pelbagai kutukan, fitnah, dan tohmahan yang ditujukan kpd PAS, umno-bn kembali meroyan utk menjilat kembali segala kutukan mereka itu. DPP kawasan Segambut pasti, tujuan isu ini kembali dihangatkan sudah pasti berkaitan dgn muktamar yang bakal berlangsung selewat-lewatnya bulan hadapan. seperti yang kita semua ketahui, polemik kerajaan perpaduan (UG) yang berkemundang selepas PRU-12 yang lalu, hampir-hampir sahaja menggoncang perpaduan yang dibina bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat (PR), di samping menggoncangkan keyakinan terhadap ahli-ahli PAS itu sendiri. Namun, selepas konvensyen khas yang diadakan di Taman Melewar yang disertai oleh para pimpinan PAS sendiri, PAS sepakat untuk menolak untuk menyertai kerajaan perpaduan anjuran umno-bn dan terus setia bersama rakan-rakan di dalam PR untuk menguburkan umno-bn di dalam pilihan raya akan datang.


Jelas lagi bersuluh, umno-bn cuba menggoncangkan kepercayaan para ahli terhadap pimpinan di dalam PAS dan cuba menimbulkan kecurigaan pada rakan-rakan di dalam PR terhadap PAS. DPP kawasan Segambut pasti, ahli-ahli PAS dan rakan-rakan di dalam PR tidak akan termakan dengan pujuk rayu dan taktik jahat yang sedang cuba dimainkan kembali oleh umno-bn yang terdesak utk mengekalkan kepercayaan dan undi rakyat malaysia dan orang melayu itu sendiri, yang kini telah beralih ke PR. justeru itu, DPP kawasan Segambut menasihati umno-bn supaya berhenti memalukan diri sendiri.


PAS akan terus bersama mengemudi bahtera perjuangan bersama-sama rakan PKR dan DAP di dalam PR dan seterusnya menguburkan umno-bn pada PRU-13!


ibnu ibrahim

ketua penerangan

DPP kawasan Segambut


*********************************************************************************

Najib minta Pas keluar pakatan pembangkang

KUALA TERENGGANU 30 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta Pas keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

"Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang),” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

"UMNO lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)”. Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.

"Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?,” kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.

Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk “T” atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.

Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.

"Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN,” katanya. - Bernama

1 comments:

  1. PAS AKAN SETIA BERSAMA PAKATAN RAKYAT.
    ...AHLI BAWAHAN DAH BERKORBAN SEGALANYA MENENTANG UMNO...HARTA, MASA, AIRMATA...KERINGAT MALAH DARAH JUGA... TAK MUNGKIN KITA BERGABUNG DENGAN UMNO... DAP DAN PKR SAHABAT SETIA KITA.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.