ALOR MENGKUDU, 24 April 2011 – Ziarah serta memberi rawatan percuma kepada penduduk di DUN Alor Mengkudu menjadi program rutin setiap Jumaat kepada ADUN Alor Mengkudu, YB Dr Ismail Salleh. “Program ini kita buat dari pagi hingga petang, minggu ini kita pergi di Kampung Lahar Budi. Ianya juga mendapat kerjasama dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR), PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat,” maklumnya ketika dihubungi. |
Menurut beliau, pada sebelah pagi mereka mengadakan program lawatan rumah ke rumah secara bermotor. Sambil ziarah, rawatan kesihatan secara percuma turut diadakan di samping mengedarkan risalah-risalah dan VCD mengenai kerajaan negeri.
“Kita juga menyediakan makanan dan makan bersama dengan penduduk tempatan. Pada sebelah petang kita mengadakan sukan yang melibatkan kanak-kanak dan golongan muda. Pada malamnya kita adakan ceramah,” tambahnya lagi.
Program begini katanya akan diteruskan dan diselang seli dengan rawatan percuma yang diadakan di PKWRnya.
0 comments:
Post a Comment