Inilah Padahnya... Bila Pengerusi Yang Dilantik Mengaku Sendiri Dia Bukan Pakar

Kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa beliau 'bukan pakar' dalam menentukan sama ada pemberian barangan bercanggah dengan undang-undang pilihan raya, menyaksikan beliau terus dibidas pelbagai pihak.

bar council egm isa 200908 ambigaAntaranya daripada ketua pemantau pilihan raya Bersih 2,0, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Katanya, terdapat undang-undang spesifik bagi membuktikan SPR mempunyai kuasa dan tanggungjawab bagi melawan dan mencegah rasuah pilihan raya tetapi ini tidak dikuatkuasakan oleh suruhanjaya itu.

Berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak "awak tolong saya, saya tolong awak” semasa kempen pada dua pilihan raya kecil, Ambiga berkata ini dengan jelas boleh diambil tindakan mengikut seksyen 10, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Seksyen berkenaan adalah berkaitan habuan yang diberikan kepada pengundi bagi mendapatkan sokongan.

Menurut Ambiga, SPR mempunyai tanggungjawab bagi memastikan semua insiden berkenaan dibawa ke perhatian pihak berkuasa bagi menjamin pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil.

NONEMeskipun kuasa untuk mendakwa terletak di tangan pejabat Peguam Negara, Ambiga berkata SPR juga perlu memainkan peranan.

"Paling tidak, ia (SPR) boleh membuat laporan polis,” katanya kepada Malaysiakini, semalam.

Najib membuat kenyataan itu ketika kempen pilihan raya kecil Sibu dan Merlimau tetapi Abdul Aziz bertegas mengatakan beliau bukan pakar bagi menentukan aduan berkenaan.

1 comments:

  1. Semakin Parah dan akan terus membarah jika tidak dihapuskan segera. Bertindaklah wahai pejuang2 keadilan demi kesejahteraan rakyat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.