Hubunganya Dengan Pengarah Ni Terlalu Rapat... Tapi Dia Bukan Penyebab Rumahtangga Pengarah Ini Hancur, Benarkah???

Faezal Elai
Faezah Elai

Faezal Elai akui semakin rapat dengan pengarah Asmara, sudah temui keluarganya

RUMAH tangga seorang pengarah dikatakan pernah bergoncang kerana dirinya. Namun sewaktu perkara itu hangat diperkatakan media, pelakon Faezah Elai menafikan sekeras-sekerasnya dirinya dan pengarah drama bersiri Asmara, Heykal Hanafiah, mempunyai hubungan istimewa. Malah, Faezah menegaskan dia menjadi mangsa fitnah seseorang amat dikenalinya.

Katanya sebelum ini, hubungan terbabit terjalin atas dasar profesional dan tidak pernah membabitkan soal hati serta perasaan. Bagaimanapun, selepas pengarah itu bercerai secara rasmi dengan isterinya, lain pula cerita yang timbul. Pelakon kelahiran Pulau Pinang itu didakwa semakin rapat dengan pengarah terbabit dan mereka sering juga dilihat keluar bersama. Pendek kata, mereka bagaikan belangkas, di mana ada Faezah, di situlah ada Heykal.
Sewaktu dihubungi untuk mengesahkan perkara itu, tanpa berselindung, Faezah mengaku dia dan Heykal memang rapat dan dia juga tidak menafikan gosip mereka sering keluar bersama. Bagaimanapun, tegas bekas pramugari ini, walaupun rapat namun dia tetap dengan pendirian dirinya bukan punca keruntuhan rumah tangga lelaki terbabit.

Hip: Khabarnya Faezah semakin rapat dengan Heykal dan sering keluar bersama. Komen sikit.

Faezah:
Saya tak nafikan yang kami memang rapat. Bagaimanapun, perkara itu berlaku hanya beberapa bulan selepas perkara ini digembar-gemburkan. Sewaktu gosip yang kononnya kami rapat dan mempunyai hubungan intim ditimbulkan, ia sebenarnya tidak benar sama sekali. Tiada hubungan istimewa antara kami yang berlaku pada masa itu. Kami hanya rapat selepas itu. Itupun apabila masing-masing saling meluahkan rasa kecewa apabila gosip seperti itu timbul. Maklum sajalah, waktu itu kami berdua rasakan tiada siapa yang percaya situasi sebenar yang berlaku antara kami. Kebanyakannya lebih mempercayai gosip daripada kami. Dari situlah kami mula rapat. Mungkin itu juga satu doa apabila ramai sangat yang mengatakan perkara itu walhal ia memang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Hip: Sejauh manakah rapatnya Faezah dengan Heykal?
Faezah:
Apa yang boleh saya katakan, dia ialah lelaki yang paling rapat dengan saya buat masa ini. Sejujurnya, saya memang tidak mempunyai kawan rapat dalam industri ini. Kalau adapun, hanyalah sekadar kawan biasa. Tapi dengan Heykal, ia berbeza. Dia seorang pendengar yang baik dan kalau saya mengalami masalah, dialah tempat saya mengadu. Malah dia juga menjadi tempat rujukan jika saya mahu bertanyakan soal kerja. Contohnya, jika saya mendapat tawaran berlakon, saya akan minta pandangannya terlebih dulu. Maklum
sajalah, dia lebih berpengalaman dalam bidang ini berbanding saya.

Hip: Faezah tidak bimbang Faezah jika hubungan itu disalah anggap dan seolah-olah mengiyakan gosip yang timbul sebelum ini?

Faezah:
Seperti yang saya katakan tadi, kami hanya rapat selepas gosip itu timbul dan kami semakin rapat apabila Heykal sudah bercerai. Saya tahu mengenai perkara itupun menerusi Heykal. Dia yang memaklumkannya sendiri. Jadi saya tak perlu risau. Lagipun, dia sendiri ada berkata perceraiannya itu tidak ada kena mengena dengan saya. Bukan saja Heykal yang berkata demikian, tetapi kenyataan itu turut dikeluarkan keluarga Heykal sendiri. Saya bukanlah punca keruntuhan rumah tangga mereka. Jika pihak di sana masih mahu menyalahkan diri saya kerana kononnya sayalah yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka, saya harap belajar-belajarlah mencari kesalahan sendiri daripada menuding jari ke arah orang lain.

Hip: Khabarnya Faezah sudah pun diperkenalkan kepada keluarga Heykal. Apakah itu satu petanda hubungan kalian sudah sampai tahap serius?

Faezah:
(Sambil tertawa) Mana tahu ni? Memang saya ada bertemu dengan keluarga Heykal. Kami bertemu pun di hospital kerana waktu itu bapa dia sakit. Jadi tak adalah nak bincang apa-apa pun. Apa yang boleh saya katakan, keluarga mereka melayan saya dengan baik.

Hip: Bagaimana pula jika Faezah bertemu jodoh dengan Heykal?

Faezah:
Saya tidak kisah jodoh saya dengan sesiapapun. Lagipun umur saya sudah mencecah angka 29 tahun. Saya memang sudah bersedia untuk berumah tangga. Cuma dalam hal ini, kami lebih selesa berkawan terlebih dulu.

Hip: Bagaimana dengan kes mahu saman pelakon Azad Jazmin kerana dikatakan menjadi punca penyebaran gosip Faezah dan Heykal?

Faezah:
Selepas peguam saya menghantar surat kepadanya supaya dia menghentikan segala perbuatannya itu, nampaknya perkara terbabit semakin senyap. Mungkin dia mengikut segala arahan yang diminta dalam surat itu dan saya anggap perkara ini sudah selesai.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.